Piala FA: City Mara Separuh Akhir
MANCHESTER City mara ke separuh akhir Piala FA menerusi kemenangan 2-0 mengatasi Middlesbrough sebentar tadi
MIDDLESBROUGH: Manchester City mara ke separuh akhir Piala FA menerusi kemenangan 2-0 mengatasi Middlesbrough sebentar tadi ketika Pep Guardiola menunjukkan dia semakin serius dalam kejohanan itu.
Gol David Silva dan Sergio Aguero memberikan kelebihan buat skuad The Citizens ketika mereka tampak mudah mengatasi Middlesbrough, yang pastinya bimbang ketika menyaksikan pasukan disenaraikan Guardiola.
Malang buat Middlesbrough, yang kini berada dalam zon penyingkiran selepas gagal menang sebarang perlawanan dalam 10 pertemuan terakhir Liga Perdana apabila semua pemain kelas dunia City terbabit, walaupun mereka akan berdepan Monaco dalam saingan penting kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara pusingan kedua awal pagi Khamis depan.
Kehebatan City kemudiannya mula kelihatan ketika tiga pemain utama Guardiola bekerjasama untuk membuka jaringan pada minit ketiga.
Hantaran Yaya Toure dihantar kembali ke depan gol oleh Pablo Zabaleta dan mana-mana tiga pemain boleh menjaringkan gol melepasi Brad Guzan, dengan Silva menyempurnakannya.
Aguero juga menemui sentuhan apabila meledak melepasi penjaga gol pada minit ke-67 apabila dia menyempurnakan hantaran baik Leroy Sane untuk gol kedua. – AFP
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2naqC5m✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment