Hi! Welcome Back and Stay Tune! 2 Wanita Dirakam CCTV Tabur 'sihir' Depan Premis Mangsa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

2 Wanita Dirakam CCTV Tabur 'sihir' Depan Premis Mangsa

PERAI, PULAU PINANG – Kelibat dua orang wanita didakwa cuba menyihir sebuah kedai pesaingnya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) viral di media sosial. 

Dalam kejadian jam 6.24 pagi, 3 Mac 2017 di Bandar Sunway Seberang Jaya, dua wanita dilihat berada di hadapan sebuah premis yang kelihatan sedang cuba melakukan perbuatan bertentangan dengan ajaran agama Islam. 
Kedua-dua mereka terdahulu dilihat berbahagikan sesuatu yang kelihatan seperti serbuk dan terkumat-kamit membaca sesuatu pada tangan sebelum menaburkan serbuk itu di depan pintu premis tersebut. 
Selesai berbuat demikian, dua wanita terbabit beredar meninggalkan premis itu. 
Pemilik kedai yang menyedari tindakan dua wanita itu kemudian memuat naik rakaman tersebut di media sosial. Pemiliknya mendakwa dua wanita itu cuba melakukan sabotaj terhadap kedai miliknya. 

Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan dua suspek yang amat memalukan itu. 
“Inilah salah satu masalah yang kita kena hadap bila berniaga. Benda-benda syirik dan khurafat. Dari elok kedai ramai pelanggan, tiba-tiba senyap sunyi.
“Saya sudah biasa terkena semasa berniaga dulu. Lauk pauk cepat basi, nasi masak dua tiga jam tak masak-masak. Roti canai baru tiga jam lepas uli, sekali tebar, basi.
“Yang buat sihir itu pun orang dekat-dekat kedai itu juga. Tak puas hati sebab harga makanan di kedai kami lebih murah. Mujur ada seorang ustaz yang kebetulan datang ke kedai itu adalah kawan kepada bapa saya. 
“Katanya kedai kami telah disihir sampai orang tak nampak kedai kami. Kedai sentiasa kelihatan ditutup,” kata Alan Sand Taufers. – The Reporter

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mLrdtp

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.