Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kementerian Pertahanan Akan Umum Skim Pencen Terbaharu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kementerian Pertahanan Akan Umum Skim Pencen Terbaharu

MUAR: Kementerian Pertahanan akan mengumumkan skim perkhidmatan pencen baharu untuk pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam masa terdekat.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata skim baharu berkenaan merupakan antara usaha kementerian berkenaan menyelesaikan masalah yang dihadapi veteran ATM yang tidak berpencen.

“Tapi kita perlu dapatkan keputusan dan kelulusan kepimpinan tertinggi khasnya daripada Perdana Menteri terlebih dahulu.

“Kita sudahpun panjangkan perkara ini kepada Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini dan keceriaan di wajah beliau membayangkan seperti bersetuju dengan cadangan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Jasamu Dikenang selepas menyampaikan pingat Jasa Malaysia kepada pesara tentera di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim yang juga Anggota Parlimen Muar.

Pada majlis itu, seramai 114 veteran tentera yang berkhidmat ketika penentangan terhadap komunis yang berakhir pada 1989 diberi penganugerahan sebagai tanda ingatan bagi mengenang pengorbanan dan khidmat bakti cemerlang mereka. — Bernama

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mMeiHK

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.