Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Abang!! Cepat! Orang Pecahkan Kereta, Nak Ambil Kereta!' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Abang!! Cepat! Orang Pecahkan Kereta, Nak Ambil Kereta!'

RAWANG, SELANGOR – Kereta Proton Iswara Aeroback milik satu pasangan suami isteri nyaris dilarikan seorang lelaki muda dalam kejadian, Khamis. 
Dalam kejadian jam 3 petang di Bukit Beruntung, Aiin Baharom dan suaminya difahamkan sedangkan menguruskan penapis air mereka, tidak jauh dari kenderaan mereka yang diletakkan di tepi jalan. 
“Sementara menunggu kakitangan Coway buat service, terdengar bunyi orang sedang mengetuk sesuatu. Saya ingatkan budak-budak main ketuk awning. 
“Sekali bila saya tengok di luar tingkap, Ya Allah! Orang tengah mengumpil stereng kereta kami. Spontan saya terus menjerit memanggil suami. 
Abang!! Cepat! Orang pecahkan kereta, nak ambil kereta!
“Dia terkejut kena tempik dan sempat memandang saya sebelum lelaki itu terus menutup pintu dan melarikan diri,” katanya.
Mendengar Aiin menjerit, suaminya terus bingkas bangun menuju ke arah kereta namun kelibat suspek sudah tidak kelihatan. 
Menurut Aiin, suspek yang cuba mencuri kereta mereka itu adalah budak Melayu. Kereta mereka juga telah dirosakkan oleh suspek yang cuba mematahkan steering lock dan lubang kunci kereta juga turut diumpil menyebabkan kereta mangsa tidak dapat digunakan. 
Orang ramai dinasihatkan berhati-hati bila memarkirkan kenderaan masing-masing di tempat awam. Juga diingatkan agar gunakanlah pengunci khas untuk steering bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berlaku. – The Reporter

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mtQMNt

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.