Hi! Welcome Back and Stay Tune! Piala FA: JDT Mudah Ratah UiTM Di Larkin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Piala FA: JDT Mudah Ratah UiTM Di Larkin

PEMAIN Johor DT, Ahmad Hazwan Bakri (tengah) diasak tiga pemain UiTM FC, dalam saingan Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin. – Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

JOHOR BAHRU: Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) mudah meratah UiTM FC 4-0 untuk mara ke suku akhir pada aksi pusingan ketiga Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini, malam tadi.

Serangan bertali arus yang dipamerkan tuan rumah sejak awal permainan lagi itu menunjukkan mereka sememangnya berhak untuk memenangi aksi berkenaan.

Ini dibuktikan apabila hampir membuahkan hasil pada minit keenam berpunca daripada sepakan percuma kapten Safiq Rahim. Namun jaringan Marcos Antoni itu dibatalkan selepas berada dalam kedudukan ofsaid.

Di sebalik penguasaan skuad Harimau Selatan, pelawat tampak tidak mahu mengalah apabila memiliki peluang terbaik pada minit ke-12 selepas Akanni-Sunday Wasiu bertindak merembat bola kencang.

Mujur penjaga gol, Izham Tarmizi Roslan pantas menepis bola sebelum dikeluarkan S Kunanlan dari kawasan bahaya.

Gawang tuan rumah hampir dibolosi selepas tindakan Safiq yang mengumpan bola ke belakang beri ruang kepada Wasiu merampasnya. Namun kegopohan pemain import UiTM FC itu gagal menemui sentuhan penyudah biarpun hanya berdepan Izham Tarmizi.

Gol yang dinantikan tuan rumah menjelma pada minit ke-19 selepas Ahmad Hazwan Bakri bertindak melintang bola leret tepat kepada Gonzalo Cabrera yang tidak menunggu lama merembat bola kencang menewaskan penjaga gol, Mohd Soffian Tawil.

Ahmad Hazwan yang menjadi pencetus jaringan pertama turut mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-21 selepas mudah menanduk masuk selepas menerima bola sepakan lambung Nazmi Faiz Mansor buat menewaskan Mohd Soffian.

Sebaik babak kedua bersambung, giliran skuad kendalian Wan Mustaffa Wan Ismail yang beri tekanan benteng tuan rumah namun keampuhan gandingan Antonio dan Mohd Fadhli Shas sukar ditembusi.

Namun skuad Harimau Selatan bagaikan melenyapkan sisa perjuangan UiTM FC pada minit ke-53 apabila bola umpanan Safiq mudah buat Cabrera melencongkan bola itu bagi memerangkap Mohd Soffian.

Ketika aksi memasuki minit ke-70, giliran Mohd Fadhli melengkapkan kemenangan bergaya tuan rumah selepas mudah menolak masuk hasil bola sepakan sudut Gabriel Guerra untuk memastikan kedudukan 4-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mdqf67

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.