Jawatankuasa Bebas Kaji Kemerosotan Sabah
MUSA (tengah) bergambar bersama sebahagian wakil SAFA ketika hadir merasmikan Kongres Tahunan SAFA di Kota Kinabalu. – Foto Edmund Samunting
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menubuhkan satu jawatankuasa bebas bagi menyiasat secara menyeluruh punca kelemahan mutu skuad bola sepak Sabah yang kini beraksi dalam Liga Perdana.
Ketua Menteri merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Musa Aman, berkata jawatankuasa itu penting bagi mengenalpasti punca skuad Sabah tidak mempamerkan permainan memuaskan kerana kerajaan negeri selepas membelanjakan jutaan ringgit dengan harapan prestasi pasukan meningkat.
“Jawatankuasa ini akan menyiasat di mana salah dan cacatnya atau kemungkinan tiada kerjasama antara satu sama lain dalam SAFA serta bagaimana meningkatkan mutu permainan pasukan.
“Saya akan mengkaji hasil siasatan itu dan selepas itu akan berbincang dengan pengurusan SAFA bagaimana untuk meningkatkan pasukan secara menyeluruh,” katanya ketika merasmikan Kongres Tahunan SAFA di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan negeri yang juga Timbalan Presiden 1 SAFA, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Timbalan Presiden 2 SAFA, Datuk Lawrence Gimbang.
Tanpa menamakan siapa yang mengetuai jawatankuasa berkenaan serta ahlinya, Musa berkata, sudah tiba masanya Sabah mempunyai pasukan yang mantap dan kuat.
“Saya sedia mendengar apa juga pandangan daripada semua pihak bagi memperbaiki kelemahan pasukan, selain mengubah suai atau menukar apa yang perlu bagi meningkatkan prestasi.
“Ini termasuk mengkaji sama ada pemain perlu ditukar untuk kebaikan pasukan. Apa yang penting kita bekerjasama dan ikhlas dalam usaha untuk memantapkan SAFA,” katanya.
Beliau berkata, SAFA juga perlu memberi perhatian serius terhadap pembangunan pemain muda di negeri ini.
“Kita mahu melahirkan pemain muda yang berminat dan berbakat dari seluruh Sabah. Kita akan memberi perhatian kepada pemain muda agar mereka mampu menjadi pemain yang terbaik.
“Untuk tujuan itu, kita akan memberi peruntukan sepatutnya kerana ini adalah pelaburan jangka masa panjang SAFA,” katanya.
Dalam saingan Liga Perdana setakat ini, skuad Sabah sekadar menghuni tangga ke-10 apabila hanya meraih empat mata hasil satu menang, satu seri dan lima kalah.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mvOoY6✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment