Chong Wei Mara Final Seluruh England
DATUK Lee Chong Wei . – Foto Rosli Rahmat
KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei hanya selangkah lagi bagi merealisasikan impian merangkul gelaran Seluruh England buat kali keempat.
Chong Wei membuktikan statusnya sebagai pemain nombor satu dunia apabila bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menewaskan Chou Tien Chen dari Taiwan 10-21, 21-14, 21-9 dalam aksi separuh akhir di Arena Barclaycard, Birmingham, sebentar tadi.
Kemenangan itu menyaksikan dia mengekalkan rekod tanpa kalah ke atas Tien Chen dalam enam pertemuan.
Chong Wei, 35, akan bertemu sama ada musuh tradisinya, Lin Dan dari China atau Shi Yuqi bagi perebutan gelaran juara, esok.
Dia sudah tiga kali menjuarai Seluruh England iaitu pada tahun 2010, 2011 dan 2014.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mvvEGl✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment