Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perisian Ini Membantu Anda Mengetahui Log Aktiviti Yang Dilakukan Pada Komputer Anda - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perisian Ini Membantu Anda Mengetahui Log Aktiviti Yang Dilakukan Pada Komputer Anda

Terdapat beberapa perisian yang membantu anda dalam mengetahui fail, dokumen dan folder terakhir yang diakses oleh anda atau sesiapa sahaja yang menggunakan sesuatu komputer, dan salah satunya adalah daripada Nirsoft yang dinamakan sebagai Last Activity View.

Melalui perisian ini, ia mengakses log komputer anda melalui Registry dan beberapa perkara lain dalam sistem operasi Windows.

Last Activiry View

Last Activity View ini membolehkan anda mengetahui sejumlah aktiviti, termasuk antaranya adalah menjalankan perisian .exe, membuka atau menyimpan sesuatu fail, membuka sesuatu folder, memasang perisian, membuka dan menutup komputer, menyambung kepada rangkaian dan sebagainya.

Ia sangat berguna dalam memantau aktiviti pada komputer anda, dan membolehkan anda menyemak sesuatu perubahan dengan mudah. Ia juga sangat berguna sekiranya komputer anda diakses lebih daripada seorang pengguna dan mengetahui apakah perubahan yang dilakukan. Ia juga sangat berguna sekiranya anda terlupa dimana anda menyimpan sesuatu fail dan merujuknya untuk mendapatkan kembali.

Bagi anda yang menggunakan sistem operasi Windows 2000 hingga Windows 10, boleh mencuba perisian ini, dan mengetahui apakah aktiviti terakhir yang dilakukan pada komputer anda.

Muat-Turun Last Activity View untuk Windows

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mwMLJB



✍ Sumber : ☕ Amanz


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.