Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gerakan Negeri Sembilan Umum Calon DUN Bukit Kepayang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gerakan Negeri Sembilan Umum Calon DUN Bukit Kepayang

SEREMBAN: Gerakan Negeri Sembilan hari ini mengumumkan Josephine Lee Mei Li sebagai calon bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepayang untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Pengumuman calon itu dibuat Pengerusi Gerakan Negeri Sembilan Datuk David Choong Vee Hing.

Choong berkata pengumuman awal itu sebagai strategi bagi membolehkan calon bekerja lebih awal, sekaligus memberi peluang kepada rakyat membuat penilaian terhadap individu berkenaan.

“Harapan kita bagi memenangi hati pengundi muda yang angkanya mencecah sehingga 55 peratus, dan daripada jumlah itu juga merupakan pengundi perempuan dan ini cabaran terbesar kita untuk memenangi kerusi tersebut.

“Kita perlukan calon muda yang boleh menjadi ikon, agresif, berkredibiliti serta mempunyai hala tuju jelas dalam usaha memastikan kemenangan pada PRU akan datang,” katanya pada sidang media pengumuman calon Barisan Nasional (BN) DUN Bukit Kepayang, di sini, hari ini.

Choong mengakui kawasan Bukit Kepayang merupakan kubu kuat pembangkang, iaitu DAP namun tidak mustahil bagi BN memenangi kerusi itu sekiranya parti komponen berganding bahu membantu jentera parti.

Pada PRU-13, kerusi Bukit Kepayang dimenangi calon DAP, Cha Kee Chin menewaskan calon Gerakan, Wong Oi Foon dengan majoriti 9,457. Setakat ini, jumlah pengundi di Bukit Kepayang hampir 25,000 orang dengan 58 peratus merupakan pengundi Cina.

Lee, 40, yang dilahirkan di Klang, Selangor, merupakan anak kedua daripada tiga beradik, dan membesar di Seremban dan ketika ini sedang melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di universiti tempatan dalam bidang pengurusan.

Sementara itu, Lee yang juga aktif sebagai penceramah dalam bidang keusahawanan, berkata pada usianya ketika ini, beliau berasa bertuah kerana mempunyai pengalaman dalam generasi X dan Y.

“Apa yang saya lihat ketika ini adalah untuk mengatasi ‘dystopia’ dalam kalangan anak muda terhadap kerajaan terutamanya dalam bidang keusahawanan dan ekonomi, persepsi atau gambaran yang benar perlu diberikan bagi memastikan mereka memperoleh maklumat benar,” katanya.

Mengenai satu lagi kawasan diperuntukkan kepada Gerakan iaitu DUN Senawang, Choong berkata beliau akan bertanding kerusi berkenaan, namun sekiranya terdapat calon lebih baik, beliau sedia memberi laluan kepada calon tersebut.

Sebelum ini, Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong mengumumkan Choong sebagai calon bagi kerusi DUN Senawang. Dalam pertandingan tiga penjuru pada PRU-13, Choong dan calon Bebas, S. Karthigen tewas kepada calon DAP, P. Gunasekaran dengan majoriti 4,805 undi. — Bernama

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mMFiqs

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.