Malaysia Mulakan Rundingan Rasmi Dengan Korea Utara Dalam Masa Terdekat – Anifah
KUALA LUMPUR: Satu rundingan rasmi dengan kerajaan Korea Utara akan dibuat dalam masa terdekat sebagai usaha membawa pulang sembilan kakitangan kedutaan Malaysia yang masih terkandas selepas dihalang keluar dari negara itu.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, sehingga kini terdapat tiga perbincangan tidak rasmi telah dibuat bersama Kaunselor Kedutaan dan agensi berkaitan untuk mendapatkan maklumat persediaan rundingan rasmi itu.
“Kita tidak letakkan sebarang tempoh, tetapi rundingan ini akan dibuat dalam masa terdekat dan saya jamin ia akan diselesaikan secepat mungkin.
“Setakat ini hubungan diplomatik masih ada (antara Malaysia-Korea Utara) maka kita tidak perlu pihak lain untuk berunding dengan mereka.
“Malah, kerajaan tidak bercadang memutuskan hubungan diplomatik dengan Korea Utara sekiranya rakyat Malaysia pulang dengan selamat dan dilepaskan awal,” katanya dalam sidang media khas selepas mengadakan pertemuan dengan 11 wakil keluarga tiga rakyat Malaysia yang terkandas di republik itu, di sini hari ini.
Tambahnya, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa mayat mangsa bunuh, Kim Jong Nam bermungkin anakan dihantar pulang selepas rundingan rasmi bersama kerajaan Korea dalam masa terdekat.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mbvZfK✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment