Pavilion KL Sesak Gara-Gara Kemunculan Kim Tae Hee
Spread the love
SUASANA di pusat beli-belah terkenal, Pavilion Kuala Lumpur menjadi sedikit kecoh dan sesak apabila pelakon terkenal Korea Selatan, Kim Tae Hee muncul membuat penampilan istimewa.
Dia sebenarnya muncul bukan kerana ada penggambaran sebaliknya bagi merasmikan sebuah butik jenama Bonia, semalam. Isteri kepada selebriti Rain ini tiba di pusat beli-belah terkenal itu kira-kira jam 4 petang.
Tae Hee yang kelihatan manis jelita mengenakan gaun renda berwarna nude sempat melambai-lambaikan tangannya dan menghadiahkan senyuman manis kepada para peminat.
Difahamkan, sejak pagi lagi, ratusan peminatnya dikatakan sudah berkumpul menanti ketibaan selebriti jelita ini.
Sementara itu, Tae Hee akui teruja datang ke negara ini dan kunjungannya kali ini merupakan kali kedua.
“Saya teruja dapat berkunjung ke sini dan gembira dengan sambutan peminat. Sebenrnya ini kali kedua saya ke Malaysia, tahun lalu ketika saya hendak Singapura, saya pernah ke singgah di Johor Bahru.
“Saya memang minat fesyen dan mungkin satu hari nanti saya dapat berkolaborasi dengan Bonia dan mereka beg tangan dan dapat dijual sini.
“Kalau tanya saya pilihan beg yang saya gemari, saya memilih beg yang bersaiz kecil tetapi boleh memuatkan barang-barang saya,” katanya seperti yang dipetik portal Malaysian Digest.
Beberapa selebriti tempatan turut hadir ke majlis perasmian butik terkenal itu antaranya, Alvin Chong, Haiza Karina Teo, Debbie Goh, Aliff Aziz dan Nazim Othman.
Antara lakonan dramanya yang terkenal adalah Stairway to Heaven (2003), Love Story in Harvard (2004), My Princess (2011) dan Yong-Pal (2015). – MYNEWSHUB.CC
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment