Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ketegangan Hubungan Malaysia-Korea Utara Tidak Cetuskan Peperangan – Hishammuddin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ketegangan Hubungan Malaysia-Korea Utara Tidak Cetuskan Peperangan – Hishammuddin

MUAR: Ketegangan hubungan antara Malaysia dan Korea Utara ketika ini tidak akan mencetuskan peperangan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata, setakat ini kedua-dua negara tidak menunjukkan sebarang isyarat kecemasan.

Jika dilihat, apa yang sedang dialami Korea Utara dengan dua negara iaitu Amerika Syarikat dan Korea Selatan adalah lebih tegang.

“Sebagai Menteri Pertahanan sepatutnya saya yang akan tahu terlebih dahulu, namun setakat ini, belum mendapat laporan yang mencemaskan antara kita dan Korea Utara.

“Saya tidak nafikan setakat hari ini memang (hubungan) tegang tetapi tidaklah sampai ke tahap hendak berperang,” katanya selepas merasmikan Persidangan Kelompok Umno Bahagian Muar dan Penyerahan Kit Pilihan Raya Umum (PRU)-14 di sini, hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan dua tumpuan utama iaitu keselamatan warga Malaysia di Korea Utara dan siasatan terperinci behubung pembunuhan Jong Nam.

Hubungan Malaysia dan Korea Selatan yang dilaporkan mesra sebelum ini, menjadi tegang berikutan kematian Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin negara itu, Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) pada 13 Feb lalu.

Kematian Jong-nam itu kemudian disahkan kerana diracun dua wanita menggunakan agen saraf VX yang ditekup pada muka mangsa.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2muTi68

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.