Hi! Welcome Back and Stay Tune! 6 Ditahan, Dadah Bernilai RM54,000 Dirampas Di Maran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

6 Ditahan, Dadah Bernilai RM54,000 Dirampas Di Maran

Spread the love

MARAN – Polis menahan enam lelaki dan merampas dadah bernilai RM54,800 dalam dua serbuan di sini minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Maran, DSP Mazlan Hassan berkata menerusi serbuan pertama pada 11.15 malam Rabu lepas, seorang lelaki berumur 25 tahun yang bekerja sebagai jurulektrik ditahan di dalam sebuah kereta di Plaza Tol Chenor.

“Hasil pemeriksaan dalam kereta suspek, pihak polis telah berjaya merampas heroin seberat 1816.1 gram, syabu dengan berat 100.73 gram dan Erimin 5 seberat 27.82 gram yang keseluruhannya bernilai RM45,000,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran hari ini.

Beliau berkata dalam serbuan kedua pula pada 5.30 pagi Sabtu lalu, polis menahan lima lelaki yang bekerja sebagai buruh ladang dan menganggur berumur antara 19 hingga 42 tahun di sebuah rumah sewa di Kampung Sungai Jerik.

“Di situ polis merampas syabu seberat 57.75 gram, heroin seberat 44.93 gram, ganja seberat 2.94 gram dan Erimin 5 seberat 5 gram yang keseluruhan bernilai RM9,800,” katanya.

Mazlan berkata keenam-enam suspek disyaki baru pertama kali terbabit dengan pengedaran dadah dan mereka sedang direman. – BERNAMA

[embedded content]


Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mlZg8y

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.