Hi! Welcome Back and Stay Tune! JDT Belasah Global FC - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

JDT Belasah Global FC

PEMAIN JDT Gabriel Guerra diasak pemain Global FC Wesley Dos Santos pada perlawanan Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin. – Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta’zim (JDT) kembali merampas tangga teratas saingan Kumpulan F Piala AFC selepas membelasah Global FC 4-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi.

Kemenangan bergaya itu bukan sahaja menyaksikan Harimau Selatan menamatkan saingan pusingan pertama dengan mengumpul tujuh mata tetapi juga mencalarkan rekod bersih kelab Filipina itu yang turun ke tangga kedua dengan kekal enam mata.

Barisan Benjamin Mora membuka tirai jaringan pada minit ke-30 menerusi Mahali Jasuli yang sempat melepaskan rembatan biarpun dikepung benteng pertahanan lawan sekali gus menewaskan Patrick Deyto.

Belum pun sempat lawan bangkit, tindakan Amani Aguinaldo yang melakukan terjahan keras terhadap Ahmad Hazwan menyebabkan pengadil perlawanan dari Korea Selatan, Kim Dae-yong tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-32.

Safiq yang ditugaskan mengambil sepakan itu mudah menyepak masuk menewaskan Deyto untuk meletak tuan rumah selesa dengan kedudukan 2-0 sehingga tamat separuh masa.

Ketinggalan 2-0, pelawat tampak begitu agresif memulakan aksi babak kedua apabila melancarkan serangan ke kubu tuan rumah namun sukar untuk menembusi benteng yang dikawal Marcos Antonio dan Mohd Fadhli Shas.

Malah keghairahan Global FC menyerang membawa padah apabila pemain gantian JDT, Brian Fereira menjadikan kedudukan 3-0 dengan menyudahkan umpanan jauh Gabriel Guerra tiga minit sebelum tamat.

Ketika saingan seakan berakhir dengan 3-0, Antonio melengkapkan kemenangan bergaya tuan rumah apabila menanduk bola sepakan percuma Guerra bagi memastikan JDT meraih kemenangan 4-0.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mW5y1J

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.