Hi! Welcome Back and Stay Tune! 7 Tahun Berehat, Mawi Kembali Berlakon - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

7 Tahun Berehat, Mawi Kembali Berlakon

14 Mac 2017. 12.57 PM


23

Hiburan

7 Tahun Berehat, Mawi Kembali Berlakon

Selepas kali terakhir muncul menerusi filem Magika sekitar tujuh tahun lalu, penyanyi Mawi bakal kembali ke bidang lakonan selepas dipelawa oleh pengarah prolifik, Syamsul Yusof untuk membintangi filem terbaharunya, Munafik 2.

Kata Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 32, dia menerima tawaran itu atas dasar persahabatan yang baik dengan pengarah itu.

“Mesti susah untuk saya bekerja dengan orang yang saya sendiri tidak kenal. Sejak kami berduet dalam lagu Kalah Dalam Menang, kami lebih mengenali cara kerja satu sama lain jadi saya harap tiada masalah untuk saya terjun kembali ke bidang lakonan dan bekerja bawah Syamsul.

“Saya melihat ini satu peluang untuk berkolaborasi sekali lagi dan sejujurnya kami tidak pernah bersembang mengenai bidang lakonan selama ini. Apabila ditawarkan sudah pasti saya pun terkejut,” katanya yang ditemui pada Majlis Pelancaran Filem Munafik 2 di Perbadanan Filem Nasional (Finas), Hulu Kelang, baru-baru ini.

Mawi akan mendukung peranan seorang ustaz bernama Azhar yang mengamalkan agama Islam secara senyap-senyap.

Mengakui sedikit gementar untuk kembali ke set penggambaran setelah sekian lama berehat daripada bidang itu, penyanyi lagu Aduh Saleha itu lebih tertekan dengan penanda aras yang telah diletakkan dalam filem Munafik tahun lalu.

“Filem Munafik tahun lalu menjadi satu fenomena dan telah merangkul pelbagai anugerah hebat jadi tekanan untuk saya memberikan mutu lakonan terbaik lebih tinggi. 

“Sudah pasti perasaan gemuruh itu lebih kuat sebab saya khuatir teknik lakonan saya tidak cukup bagus untuk menyuntik elemen suspens,” katanya yang juga mempunyai sebuah syarikat produksi, Mawi World Entertainment Sdn. Bhd.

Dalam pada itu, Mawi mendedahkan dia dan Syamsul akan berduet sekali lagi untuk lagu tema filem seram itu.

“Lagu tema filem ini dalam proses rakaman dan saya sudah menerima demo lagu tersebut,” tambahnya.

Munafik bakal memulakan penggambaran pada 20 Mac dan membariskan pelakon lain seperti Maya Karin, Fauzi Nawawi, Nasir Bilal Khan, Fizz Fairuz, Ku Faridah dan Datuk Rahim Razali.

Teks oleh: Amri Hassan

Kredit foto: IG @cahayaasmawi

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2njrkgT

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.