Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selepas Bergelar Ayah, Saya Sudah Kurang Melepak – Shahrol Shiro - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selepas Bergelar Ayah, Saya Sudah Kurang Melepak – Shahrol Shiro

14 Mac 2017. 3.04 PM


70

Hiburan

Selepas Bergelar Ayah, Saya Sudah Kurang Melepak - Shahrol Shiro

Peserta Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) Shahrol Shiro akui sering menghabiskan masa bersama isteri dan anaknya berbanding melepak bersama rakan-rakan.

Menurut Shahrol, dia kini lebih fokus kepada keluarga dan banyak meluangkan masa untuk berada di rumah.

“Hormon menjadi seorang ayah ini amat berbeza berbanding bujang kerana saya perasan banyak perubahan terjadi kepada diri ini selepas mendapat anak.

“Apabila meningkat dewasa saya sudah tidak terfikir untuk menghabiskan masa melepak dengan kawan-kawan,” katanya kepada Astro Gempak.

Shahrol ditemui ketika majlis sidang media minggu keempat MLM2017 bertempat di Royal Theater Shah Alam pada Jumaat.

Mengulas mengenai MLM 2017, Shahrol memberitahu dia tidak menyangka dirinya menerima undian tertinggi dan dinobatkan sebagai pemenang Gempak Man of The Match (GMOTM) untuk minggu keempat.

“Nampaknya watak Ijoy yang dibawakan oleh saya pada malam itu ternyata menjadi apabila berjaya dapat GMOTM.

“Ini merupakan hadiah kepada penyokong Shiro kerana tanpa mereka saya tidak akan memenangi piala ini,” ujarnya.

Minggu keempat MLM2017 menyaksikan Shiro menduduki tempat pertama dengan jumlah peratusan undian sebanyak 65.77%.

 

MLM 2017 diterajui Datuk AC Mizal sebagai hos dan menampilkan empat juri tetap iaitu Datuk Rosyam Nor, Luna Maya, Najip Ali dan Neelofa .

 

MLM 2017 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam pada setiap Jumaat, pukul 10 malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

 

Untuk melihat berita terkini dan video menarik tentang MLM 2017 layari MAHARAJA LAWAK MEGA.

 

Untuk mengundi Gempak Man Of The Match, sila KLIK DI SINI .

 

Keputusan Gempak Man Of The Match Minggu Ketiga

1. Shahrol Shiro : 45%

2. Tauke : 33%

3. Abam Bocey : 3%

4. Dzawin : 2%

5. Atu Zero : 1%

6. Fad : 1%

7. Danial : 1%

8. Rahim : 1%

9. Ajak : 1%

10. Jiggy : 1%

11. Mamak Puteh : 1%

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n5OGWK

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.