Malaysia Sedia Ganti Afrika Selatan Anjur Sukan Komanwel 2022
PRESIDEN Majlis Olympik Malaysia (MOM), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar (tengah) mempengerusikan mesyuarat EXCO MOM di Wisma OCM. Turut hadir Setiausaha Agung, Datuk Low Beng Choo dan Penolong Setiausaha Agung, Datuk Sieh Kok Chi. – Foto Rohanis Shukri
KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bersikap terbuka untuk menganjurkan Sukan Komanwel 2022, andainya kerajaan berminat dan bersetuju menjadi tuan rumah bagi menggantikan Afrika Selatan yang dilucutkan hak mengelolakan temasya kedua terbesar dunia itu.
Presiden MOM, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar berkata, Malaysia mempunyai kemampuan menjadi tuan rumah, termasuk memiliki kemudahan serta gelanggang pertandingan bertaraf antarabangsa di Bandaraya Sukan Bukit Jalil.
“Saya percaya Malaysia mempunyai keupayaan menganjurkan Sukan Komanwel kerana kita pernah menjayakannya pada 1998,” kata Tunku Imran kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM di sini, hari ini.
“Sudah tentu dengan kemudahan yang dibina untuk Sukan SEA dan Bandaraya Sukan yang akan siap tidak lama lagi, Kuala Lumpur pasti menjadi tuan rumah yang baik untuk Sukan Komanwel.
“Namun, kami di MOM tidak boleh membuat keputusan dan kami akan bawa perkara ini untuk perhatian kerajaan.
“Dan ia semuanya bergantung kepada keputusan kerajaan, sama ada mahu menganjurkan lagi Sukan Komanwel selepas 1998.”
Malaysia menjadi tuan rumah temasya empat tahun sekali itu pada 1998 dan ketika itu, kontinjen negara menduduki tangga keempat keseluruhan dengan 10 pingat emas.
Kelmarin, Afrika Selatan dilucutkan hak sebagai tuan rumah Sukan Komanwel 2022 selepas gagal menepati tarikh akhir ditetapkan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) ekoran masalah kewangan yang melanda negara itu.
CGF mendakwa Afrika Selatan gagal memenuhi janji yang ditawarkan ketika membida untuk menjadi tuan rumah dan usaha mencari pengganti sedang dijalankan.
Mengulas lanjut mengenai keupayaan dimiliki Malaysia, Tunku Imran berkata: “Ada beberapa perkara di mana kita mempunyai kelebihan.
“Antaranya, kedudukan Malaysia di mata CGF sangat tinggi dan kos penganjurannya mungkin mampu diserap, namun semuanya itu adalah atas persetujuan kerajaan.”
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n5vacO✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment