Hi! Welcome Back and Stay Tune! Muslifah 'tembak' Sabiamad, Sang Soon - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Muslifah 'tembak' Sabiamad, Sang Soon


khairie@bh.com.my

Atlet menembak, Muslifah Zulkifli menunjukkan rumusan rekod pencapaian beliau dalam kejohanan menembak tahun 2016 pada sidang media di Endah Parade, Sri Petaling. – Foto NSTP/Osman Adnan

BUKIT JALIL: Penembak kebangsaan, Muslifah Zulkifli menafikan prestasinya merosot sekali gus menjadi punca disingkirkan daripada Program Podium, Februari lalu.

Pemenang pingat gangsa acara 50 meter (m) Rifle Prone individu Kejohanan Menembak Asia 2015 itu turut membidas pengurus pasukan Sukan SEA 2017, Datuk Sabiamad Abdul Ahad kerana menjadikan alasan sama sebagai faktor dia tidak disenaraikan dalam Program Kita Juara 2017.

Dia yang tawar hati dengan dakwaan tidak berasas itu, sebaliknya memilih untuk berlatih bersama jurulatih dan pengurus pilihannya, Zamil Ahmad Murad.
  


“Sebelum mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) antara Majlis Sukan Negara (MSN) dengan wakil Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM), saya dipanggil oleh NSAM pada 7 Mac untuk berbincang mengenai hala tuju selepas dikeluarkan daripada Program Podium. 
  
 

“Jadi saya membuat keputusan tidak menyertai Program Kita Juara 2017 di bawah kendalian MSN kerana saya ingin berada sepenuh masa di bawah NSAM, bukannya kerana saya tidak layak memasuki program itu seperti didakwa pengurus pasukan (Sabiamad).
 

“Lagipun, selepas diteliti semula keputusan rasmi kejohanan kebangsaan dan antarabangsa 2016, saya mendapati kenyataan pengurus itu tidak tepat kerana ia lari daripada fakta sebenar.

Ini kerana prestasi saya semakin meningkat terutama dalam acara 50m SB Prone,” kata Muslifah kepada pemberita, hari ini.



Sementara itu, Muslifah turut membidas dakwaan ketua jurulatih, Park Sang Soon yang membandingkan dirinya dengan Nur Suryani dalam acara 50m SB Prone atas alasan rakan sepasukan itu mempunyai kelebihan dari segi fizikal dan mental.

“Kenyataan Sang Soon tidak profesional dan mencalarkan imej saya. Lagipun tidak wajar dia membandingkan saya dengan Nur Suryani walhal dia tidak pernah melatih kami sebelum ini,” katanya.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mIN04j

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.