Hi! Welcome Back and Stay Tune! Petronas Catat Untung Sebelum Cukai RM33.7 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2016 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Petronas Catat Untung Sebelum Cukai RM33.7 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2016

KUALA LUMPUR: Petronas mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM33.7 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2016, susut lapan peratus berbanding RM36.7 bilion yang dicatatkan pada 2015.

Perolehan kumpulan bagi tahun tersebut merosot 17 peratus kepada RM204.9 bilion berbanding RM247.7 bilion yang dicatatkan pada 2015, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Penurunan itu mencerminkan harga purata yang rendah sejajar dengan trend penurunan harga penanda aras utama (Dated Brent dan Japan Customs Cleared Crude) selain kesan daripada jumlah jualan yang rendah.

Sementara itu, keuntungan kumpulan selepas cukai bagi 2016 sebanyak RM23.5 bilion, naik 12 peratus berbanding RM20.9 bilion dicatatkan pada 2015.

Ini disebabkan perbelanjaan operasi dan perbelanjaan cukai yang rendah sebahagiannya diimbangi oleh harga purata yang rendah.

“Petronas turut menyaksikan peningkatan dalam keuntungan sebelum cukai dan pendapatan sebelum faedah, cukai, penyusutan dan margin pelunasan, yang menunjukkan prestasi asas kumpulan meningkat,” katanya semasa mengumumkan keputusan 2016 kumpulan itu di sini hari ini.

Wan Zulkiflee juga berkata Petronas berjaya mengekalkan penarafan kredit yang kukuh bagi 2016, tahap kadar hutang yang rendah sebanyak 17 peratus dan baki tunai yang baik.

Beliau berkata kumpulan turut mengambil kira penyusutan nilai ke atas aset sebanyak RM12.9 bilion untuk memastikan lembaran imbangannya kukuh sepanjang pergerakan harga minyak rendah yang berpanjangan.

Walaupun pengurangan yang ketara dalam perbelanjaan modal dan operasi, Wan Zulkiflee berkata jumlah pengeluaran huluan antarabangsa kumpulan itu naik kepada 2.36 juta tong bersamaan minyak (BOE) sehari pada 2016 berbanding 2.29 juta BOE sehari pada 2015.

Ini, katanya disebabkan oleh penyambungan semula saluran paip gas Sabah-Sarawak, masa operasi kemudahan yang lebih tinggi di Malaysia dan Kanada dan, pengeluaran yang tinggi.

“Sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk menyokong perniagaan hiliran kami, kami mencapai pengekstrakan etana yang tertinggi dalam beberapa tahun ini untuk membekalkan sebagai bahan mentah bagi perniagaan petrokimia Petronas, selain mengekalkan jumlah bekalan gas yang sama pada 2015,” katanya.

Wan Zulkiflee juga berkata kumpulan mencatatkan peningkatan jumlah jualan pihak ketiga gas asli cecair sebanyak 29.01 juta tan pada 2016 berbanding 28.49 juta tan yang dicatatkan pada 2015.

Katanya ini sebahagian besarnya disumbangkan oleh jumlah pengeluaran yang lebih tinggi dari Train 9 di Bintulu dan projek gas bukan konvensional (GLNG) di Australia, yang sebahagiannya diimbangi oleh jumlah dagangan yang rendah.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2njla06

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.