K'jaan P.Pinang Nafi Turun Harga Rumah Untuk Pembeli Warga Asing
GEORGE TOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang belum membuat keputusan muktamad berhubung permohonan pihak pemaju untuk menurunkan harga siling rumah di negeri ini untuk warganegara asing.
Exco Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa negeri Jagdeep Singh Deo berkata pihak pemaju ada mengemukakan cadangan meminta menurunkan harga siling rumah untuk warganegara asing, ekoran keadaan ekonomi kurang memuaskan.
“Pihak pemaju meminta untuk mengurangkan harga siling bagi rumah berstrata kepada RM800,000…sebelum ini harga siling bagi rumah bertanah adalah RM2 juta, manakala bagi rumah jenis berstrata ialah RM1 juta.
“Levi sebanyak tiga peratus di atas harga jualan (rumah) juga minta dikurangkan tapi belum ada keputusan muktamad dibuat kerana kami perlu meneliti alasan dan justifikasi pihak berkepentingan terlebih dahulu,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Ahad lepas, Timbalan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong yang membuat kenyataan berhubung perkara itu, turut mendakwa kerajaan negeri akan menurunkan cukai tiga peratus untuk jualan bangunan industri bernilai RM1.3 juta kepada 1.5 peratus bagi menggalakkan pembelian dalam kalangan warganegara asing dan merangsang pertumbuhan ekonomi negeri. — BERNAMA
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lX6YK7✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment