TMJ Tempelak Penyokong
TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. – Foto Osman Adnan
KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menempelak segelintir penyokong yang hanya tahu meminta dan menilai perkara tidak realistik mengenai Johor Darul Ta’zim (JDT).
TMJ yang juga pemilik JDT berkata, kumpulan itu tidak menyedari mereka secara perlahan-lahan memusnahkan apa yang dibina selama ini dengan mempersoalkan dan memperkecilkan keputusan beliau.
“Ia adalah keputusan sama yang menghadirkan tujuh piala dalam tiga tahun, kemudahan (kelab) terbaik di Asia Tenggara, perhubungan dengan kelab terbesar di dunia, jenama JDT yang popular, mencipta sejarah dalam kejohanan AFC dan juga pertandingan domestik.
“Penyokong ini sering berselindung di sebalik alasan: ‘Kami mengkritik untuk menunjukkan betapa kami sayangkan kelab’.
“Bagaimanapun, seperti yang saya tegaskan beberapa kali sebelum ini, tindakan (adalah) lebih berkesan daripada sekadar berkata-kata,” kata TMJ dalam satu kenyataan di Facebook JOHOR Southern Tigers, hari ini.
Selain itu, TMJ turut menjelaskan, penyokong harus memahami betapa JDT mengambil pendekatan dan sasaran yang berbeza musim ini.
Katanya, kelab berkenaan menggunakan perbelanjaan yang sedikit dan hanya mengambil enam atau tujuh pemain baharu dan muda bagi menyesuaikan dengan sistem kelab yang cuba dilakukan.
“Tahun ini, sasaran adalah untuk berada di kedudukan empat teratas dalam liga, suku akhir Piala FA, suku akhir Piala Malaysia, dan suku akhir dalam pertandingan AFC.
“Untuk Piala FA, kami sudah mencapai sasaran kami. Namun begitu, kami masih perlu memberi saingan yang baik terhadap Pahang yang mana pasukan lebih kuat berbanding kami.
“Kami bukan pasukan pilihan, tetapi kami akan melakukan yang terbaik,” katanya.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2njJ8Z6✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment