Ikhwan Sedih Baca Luahan Isteri Selepas Keguguran
Hiburan
Penyampai radio Ikhwan pilu selepas membaca luahan hati isterinya Noor Idayu, 33, di laman sosial Instagram (IG) selepas gugur anak sulung mereka baru-baru ini.
Ikhwan atau Mohd Khairul Ikhwan, 33, berkata, isterinya keguguran kira-kira dua minggu yang lalu ketika kandungan berusia lima minggu.
“Saat tahu isteri keguguran rasa sedih juga, kalau saya yang tidak mengandung ini pun terasa kehilangan apatah lagi dia yang melalui fasa tersebut.
“Saya tahu emosi isteri tidak stabil dan sedang bersedih. Dia juga ada memuat naik posting di akaun IGnya pada 24 Februari lalu.
“Posting tersebut betul-betul buat saya tersentuh. Tapi sebagai suami saya perlu memberikan sokongan moral kepada isteri,” katanya kepada Astro Gempak.
Tambah Ikhwan lagi, dia dan isteri bagaimanapun redha dengan ketentuan takdir dan percaya ada hikmah di sebalik semua yang berlaku.
“Saya percaya percaturan Allah itu adalah sebaik-baik percaturan. Terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan kepada saya dan isteri.
“Insya-Allah ada rezeki kami untuk bergelar ibu dan ayah nanti,” ujarnya.
Ikhwan ditemui pada majlis lepak santai bersama penyampai Hot FM dan Kool FM di Pusat Konvensyen Sime Darby baru-baru ini.
Bercakap mengenai kerjayanya sebagai penyampai radio, Ikhwan bersyukur masih diberi kepercayaan oleh Rangkaian Radio Media Prima (RRMP) selepas 11 tahun berkhidmat.
“Saya berterima kasih kepada RRMP kerana masih percaya kepada saya untuk mengendalikan stesen radio mereka.
“Peluang yang saya perolehi ini akan saya gunakan untuk terus memperbaiki diri saya dari semasa ke semasa.
“Setahun di Kool FM, saya sendiri tidak menyangka stesen baru ini diterima pendengar dalam masa yang singkat.
“Alhamdulillah, berkat kerjasama semua, Kool FM berjaya mencuri hati pendengar di luar sana,” katanya.
✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment