Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kereta Dipandu Melawan Arus, Satu Maut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kereta Dipandu Melawan Arus, Satu Maut

PERMATANG PAUH: Tindakan seorang remaja yang memandu melawan arus di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat sini telah menyebabkan kemalangan membabitkan enam kenderaan yang mengorbankan satu nyawa.

Dalam kejadian jam 7.50 pagi Selasa, pemandu Proton Gen 2 berusia 19 tahun yang dipercayai mabuk itu  memandu secara berbahaya dari Tol Sungai Dua menghala ke Butterworth.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, kenderaan tersebut bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Kelisa yang menyebabkan ia terbabas ke kiri jalan sebelum terlanggar sebuah motosikal.

Pada masa sama, kereta Proton Gen 2 itu terbabas dan berpusing lalu melanggar tiga buah kenderaan lain termasuk sebuah van kilang.

Pemandu Perodua Kelisa yang dikenali sebagai Mohamad Fandi Rosli, 26 tahun, dan beralamat  di Lorong 2/2 B, Taman Rhu, Sungai Petani meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

Manakala pemandu Gen 2 serta empat pemandu lain hanya mengalami cedera ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Bukit Mertajam.

Mangsa yang maut kemudiannya dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.

Nahas yang berlaku ketika orang ramai berpusu-pusu keluar ke tempat kerja turut menyebabkan berlakunya kesesakan teruk sepanjang tiga kilometer.

Nik Ros Azhan berkata kes disiasat mengikut Sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu cuai sehingga menyebabkan kematian.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n5iKSs

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.