Hi! Welcome Back and Stay Tune! Suspek Disyaki Peras Ugut Keluarga Pastor Dituduh Esok - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Suspek Disyaki Peras Ugut Keluarga Pastor Dituduh Esok

Spread the love

SHAH ALAM – Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan seorang pastor yang dipercayai diculik di Jalan Bahagia, Petaling Jaya bulan lepas, akan dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, esok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata suspek yang berusia 30 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana cuba melakukan pemerasan ke atas keluarga mangsa.

“Siasatan yang dijalankan mendapati suspek tidak mempunyai kaitan dengan kes tersebut dan hanya mengambil kesempatan untuk memeras keluarga mangsa.

“Siasatan kes penculikan ini masih diteruskan dan pihak polis menyeru agar orang ramai tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Polis menahan lelaki itu kira-kira 3.30 pagi pada 9 Mac lepas di Ampang, hasil maklumat dan kerjasama keluarga mangsa.

Media sebelum ini melaporkan pastor berusia 62 tahun itu dipercayai diculik oleh sekumpulan lelaki bertopeng pada 13 Feb lalu.

Laporan turut menyebut pastor berkenaan kali terakhir dilihat memandu kereta jenis Honda Accord seorang diri sebelum kejadian itu. – BERNAMA

[embedded content]


Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nAvFbn

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.