Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jadi Duta Hotel, Saharul Ridzwan Tak Rembat Semua Tawaran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jadi Duta Hotel, Saharul Ridzwan Tak Rembat Semua Tawaran


Pelakon Saharul Ridzwan menjelaskan dia perlu membuat beberapa kali pertimbangan sebelum menerima tawaran untuk menjadi duta sebarang produk.

Katanya, setiap kali mendapat tawaran dia perlu mengkaji tentang produk berkenaan selain meneliti tanggungjawab yang bakal digalas apabila menerima pelawaan tersebut.

“Ada banyak perkara yang perlu saya pertimbangkan sebelum menerima sebarang tawaran untuk menjadi duta produk, antaranya jenis produk dan keunikan yang ada pada produk 

berkenaan. Tidaklah semua tawaran yang datang saya terima,” katanya yang ditemui pada Majlis Pelancaran dan Penjenamaan Semula Hotel Erya by Suria di Suria Hotspring Resort, Bentong, Pahang baru-baru ini.

Pada majlis sama, Saharul, 28, turut dilantik menjadi duta kepada hotel Erya by Suria yang sudah beroperasi selama 17 tahun.

“Saya menerima tawaran tersebut memandangkan ia sebuah syarikat berteraskan bumiputera dan menggunakan pendekatan patuh syariah kepada pelanggan mereka.

“Tambahan menjadi duta kepada sebuah hotel adalahs sesuatu yang menarik dan jarang kita dengar. Ketika ditawarkan pada hujung tahun lalu saya rasakan ia adalah platform terbaik untuk dekat dengan peminat.

“Sudah pasti tanggungjawab saya menjadi lebih besar apabila hotel itu juga dijenamakan semula pada waktu sama,” tambahnya yang turut dilantik menjadi duta Kelab Remaja Udara Malaysia (KRUM), Height Up dan Muslim Volunteer.

Suria Resorts & Hotel dijenamakan semula kepada Erya by Suria yang menggabungkan ciri-ciri ‘Green Hotel‘ dan ‘Eco-Muslim Hotel‘.

Sementara itu, kata Ketua Pegawai Operasi Erya by Suria, Nor Dalina Khalil, pemilihan Saharul dirasakan paling sesuai bagi menarik minat golongan berkeluarga berkunjung ke hotel tersebut.

“Saharul merupakan seorang artis yang terkenal dan aktif di media sosial. Malah, kami sememangnya mencari seorang selebriti milenia (berumur 20-an hingga 30-an) selain mempunyai perwatakan dan rupa paras yang menyenangkan.

“Paling penting, kami mencari selebriti yang sudah berkeluarga untuk memberikan gambaran terbaik tentang konsep hotel kami,” katanya.

Erya by Suria mempunyai enam cawangan di Cherating, Janda Baik, Bentong (Pahang), Merang (Terengganu), Johor Bahru (Johor) dan London (United Kingdom).

Teks oleh: Amri Hassan

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mnL1jy

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.