Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fitnah satu dosa, nanti masuk neraka, kata Teresa Kok - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fitnah satu dosa, nanti masuk neraka, kata Teresa Kok

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menggunakan sesi perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini bagi menepis dakwaan beliau dan wakil rakyat Pakatan Harapan di ibu negara menyeleweng dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).

“Saya tidak pernah membuat penyelewengan dana Selangor. Jangan cuba lempar fitnah kepada saya dan rakan-rakan saya.

“Fitnah adalah satu dosa dan mereka (yang memfitnah) akan masuk neraka,” katanya yang disambut sorakan ahli Parlimen lain.

Pada 16 Februari lalu, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan dana Yawas berjumlah RM200 juta yang sepatutnya digunakan untuk Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

“Saya ada bukti surat dari Perbendaharaan Selangor meminta pengurus sebuah bank membuka akaun bagi SMUE atas nama 8 ahli Parlimen di sekitar Kuala Lumpur,” kata pengerusi Gabungan NGO Selangor itu yang turut mendakwa Kok menyeleweng dana Yawas sebanyak RM2 juta.

Kok yang juga adun Kinrara menjelaskan sebahagian pejabat ahli Parlimen di Kuala Lumpur dipertanggungjawabkan untuk mengagihkan dana itu memandangkan ramai rakyat Selangor tinggal di ibu negara.

“Maka, lebih mudah mereka dan waris (bagi khairat kematian) membuat permohonan di pejabat wakil rakyat di sini berbanding di Selangor.”

Naib pengerusi DAP itu berkata, pemohon hanya mendapat RM1,000 manakala baki RM1,500 akan diserahkan pejabat daerah selepas pejabat wakil rakyat menghantar permohonan ke sana untuk tujuan rekod.

“Wakil rakyat diberi kad ATM dan akaun bank di bawah namanya oleh pejabat daerah, dengan nilai RM10,000. Selepas nilai itu habis, kami akan menghantar dokumen permohonan kepada pejabat daerah dan nilai RM10,000 akan ditambah semula,” katanya.

Semalam, Kok dilaporkan berkata, beliau sedang mempertimbangkan tindakan menyaman Jamal atas dakwaan itu.

Katanya, beliau terpaksa membawa “isu negeri” ke Dewan Rakyat memandangkan Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) membangkitkan perkara sama dan “mengheret namanya” semalam.

Beliau merujuk soalan Irmohizam pada sesi perbahasan semalam yang meminta kerajaan Selangor menjelaskan tuduhan salah guna kuasa berkaitan dana Yawas serta pembukaan akaun bank untuk SMUE berjumlah RM10 juta di bawah nama 9 ahli Parlimen pembangkang, pada 2013.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berjanji akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM dalam siasatan berhubung SMUE.

 

Sumber :
– http://ift.tt/IrnvO1

The post Fitnah satu dosa, nanti masuk neraka, kata Teresa Kok appeared first on MyNewsViral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mnJDx2

✍ Sumber : ☕ MyNewsViral


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.