7 Pengorbanan Anak Sulung Yang Kita Selalu Terlepas Pandang
“Ingat senang ke nak jadi anak pertama ni. Orang senanglah kata ada banyak kelebihan anak sulung. Tapi, yang peritnya bukan orang pandang. Senang-senang anggap kita ‘bossy’ dan pentingkan diri.”
Bagi adik-adik, mungkin mereka mencemburui banyak kelebihan anak sulung. Contohnya, anak sulung akan didahulukan dalam pelbagai perkara – mereka dapat memandu kereta dulu, mereka dapat pegang ‘handphone’ dulu, dan mereka selalu mempunyai ‘kuasa’ terhadap adik-adik apabila ibu bapa tiada.
Malah, anak pertama dalam keluarga dianggap menerima kasih sayang yang melimpah daripada ibu bapa. Apatah lagi, sesetengah mereka telah dinantikan kehadirannya selama bertahun-tahun lamanya.
7 PENGORBANAN ANAK SULUNG YANG KITA SELALU TERLEPAS PANDANG
Walaupun ibu bapa sentiasa cuba berlaku adil, ramai yang mengaku bagaimana mereka akan berubah daripada seorang ibu atau bapa yang ‘garang’ kepada seorang yang lebih ‘lembut’.
Perubahan ini biasanya berlaku apabila apabila usia kita semakin bertambah. Sebab itulah kadangkala ada pengorbanan anak sulung yang kita terlepas pandang.
1. IBU BAPA LEBIH ‘STRICT’ DENGAN ANAK SULUNG
“Masa kakak dulu, Mak Abah asyik marah je kalau tengok TV. Sekarang ni, senang-senang saja adik dapat tengok Youtube di ‘smartphone’.”
Masa pertama kali jadi ibu bapa, secara semulajadinya kita akan lebih bersemangat dan mahu melakukan yang terbaik. Mungkin juga kerana faktor usia yang masih muda ketika itu.
Sebab itulah kita banyak menetapkan peraturan (dan bertegas dengannya). Tapi, apabila masuk anak kedua atau ketiga, ramai daripada kita yang dah semakin sibuk, letih, lebih fleksibel dan akhirnya mula memberi kelonggaran terhadap perkara tersebut.
2. ANAK SULUNG JADI ‘BAHAN EKSPERIMEN’
Faktor ini juga berkait rapat dengan point di atas. Di kala ibu bapa masih belum mahir mengendalikan anak-anak, maka banyaklah kesilapan yang dilakukan apabila pertama kali mencuba.
Dari segi pemilihan makanan, pakaian, taska, dan barang mainan – kita selalunya akan ambil masa yang paling lama untuk pilih yang terbaik. Namun disebabkan kurang pengalaman, tentulah ada sesetengahnya yang tidak menjadi dan tidak sesuai dengan minat atau kemahuan mereka.
Tapi, ketahuilah bahawa ibu bapa anda sendiri sedang belajar dan ketika itu memang itulah tahap terbaik yang mereka dapat lakukan untuk anda!
3. ANAK SULUNG PERLU MENJADI CONTOH
Ramai anak sulung mula berasa tertekan apabila mereka mula persekolahan. Mana tidaknya, mereka rasa ‘perlu’ menjadi contoh yang baik buat adik-adik.
Maka, ramailah antara mereka yang membesar menjadi seorang ‘perfectionist’. Seperti yang dinyatakan oleh laman web Parents.com, tingkah laku ini juga terjadi kerana mereka membesar dengan meniru kelakuan ibu bapa, iaitu orang dewasa. Maka, mereka mempunyai kecenderungan untuk berbuat apa yang orang dewasa buat, bukannya kanak-kanak.
Menariknya, kelebihan anak sulung ini mendorong mereka untuk cemerlang dalam kehidupan. LiveScience juga menyokong fakta ini dengan merungkaikan bahawa di kalangan 23 angkasawan NASA, 21 daripada mereka adalah anak sulung. (Dan 2 orang lagi adalah anak tunggal)
4. ANAK SULUNG MENGALAH UNTUK ADIK
Setelah lahirnya anak kedua atau ketiga, ada anak pertama yang sering berkecil hati dan cemburu. Kini, mereka terpaksa berkongsi kasih sayang ibu bapa dan tidak lagi mendapat perhatian 100% seperti dahulu. Mereka diajar untuk menyayangi dan mengasihani adik walaupun pada hakikatnya kadangkala emosi mereka masih belum bersedia.
Inilah salah satu punca ‘sibling rivalry’ atau pergaduhan adik beradik yang selalu berlaku akibat cemburu. Dalam hal ini, biasanya yang sulung akan diminta oleh ibu bapa untuk mengalah. Malah, memang selalu kita dengar kisah di mana abang dan kakak sanggup mengorbankan masa dan persekolahan demi membantu kedua ibu bapa menyara keluarga, bukan?
Ada kalanya ibu bapa tak menyuruh pun si sulung mengalah, tapi atas rasa tanggungjawab, mereka akan berbuat demikian secara semulajadi.
5. ANAK SULUNG SELALU DIPERSALAHKAN
Dalam kebanyakan hal, memang mereka akan dipertanggungjawabkan untuk menjaga adik-adik. Mungkin ada adik beradik yang merungut dan menggelar mereka ‘bossy’.
Tapi, tahukah anda bahawa tanggungjawab ini bukanlah satu keistimewaan tetapi juga ‘beban’? Sebaliknya, mereka boleh dipersalahkan dan dihukum apabila tidak dapat menjalankan tanggungjawab mengikut kehendak ibu bapa.
6. ANAK SULUNG DIANGGAP ‘SEMPURNA’
Anak sulung sangat ‘takut’ untuk membuat sebarang kesilapan. Apatah lagi jika ibu bapa sering meletakkan ‘harapan’ yang tinggi berbanding adik-beradik yang lain. Impaknya, mereka kurang meneroka bidang yang mereka minati dan lebih percaya kepada sesuatu yang diyakini oleh ibu bapa.
Ahli psikologi kanak-kanak, Dr Rachel Andrew juga mengakui bahawa secara tidak langsung, kebanyakan anak sulung lebih terdedah untuk mengalami kemurungan yang serius. Walaupun mereka telah mencapai keputusan yang baik dalam pelajaran, namun ada yang masih keliru dan tidak gembira dengan apa yang mereka lakukan.
7. ANAK SULUNG IKUTKAN KEMAHUAN IBU BAPA
Walau apa pun yang mereka lalui, anak sulung biasanya bersifat ‘memendam’ perasaan dan tidak pandai memprotes. Kebanyakan mereka sanggup diperlakukan seperti apa pun oleh adik-beradik yang lain demi memastikan keluarga sentiasa bersatu dan harmoni. Jarang kita nampak mereka membantah atau mendahulukan keinginan mereka.
Ini kerana, kebanyakan anak pertama mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan ibu bapa dan tak sanggup melukakan hati mereka.
BANYAK JUGA KELEBIHAN ANAK SULUNG
Walaupun ada banyak pengorbanan yang telah dilakukan sebagai anak sulung, ia juga boleh dilihat dari segi positif. Yang penting, setiap ibu bapa perlu memastikan mereka menjadi pendengar setia sungguhpun mempunyai pendekatan yang berbeza dalam mendidik anak-anak.
Salah satu cara kita sebagai ibu bapa untuk menunjukkan penghargaan kepada anak sulung adalah dengan memberi sokongan dan ruang kepada mereka untuk mencuba. Selain itu, tunjukkan gambar-gambar lama mereka dan ingatkan bagaimana mereka juga ditatang bagai minyak yang penuh ketika lahir ke dunia – Siraplimau
The post 7 Pengorbanan Anak Sulung Yang Kita Selalu Terlepas Pandang appeared first on Berita Viral.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nD24lq✍ Sumber : ☕ Berita Viral
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
r>r>
Post a Comment