Hi! Welcome Back and Stay Tune! 8 Rahsia Jodoh Orang Dulu Panjang Walau Tak Bercinta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

8 Rahsia Jodoh Orang Dulu Panjang Walau Tak Bercinta

Adat dalam rumah tangga, ada pasang surutnya. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.

Mungkin disebabkan kata pepatah tersebut, jodoh orang dulu-dulu panjang dan jauh dari penceraian.

Advertisement<!–
–>

Bergaduh dalam hubungan tu perkara biasa. Tapi jangan sampai berlanjutan merajuk atau marahnya. Tak baik untuk hubungan.

Kalau nak hubungan rumah tangga aman bahagia dan kekal hingga ke anak cucu, cuba amalkan tip ini.

1. Lepas kahwin tak pergi bulan madu

Bila lepas majlis kahwin, tolak tepi hal berbulan madu tetapi kenalkan pasangan pada sanak suadara. Rapatkan hubungan sillaturrahim.

2. Suami tolong buat kerja rumah

Cuba perhatikan bapa anda sendiri. Sangat santun orangnya. Rajin membantu isteri. Selepas isteri melahirkan, semua suami yang buat.

3. Isteri tahu tanggungjawab sendiri

Banyak kes penceraian disebabkan oleh isteri malas. Cuba lihat mak kita sendiri. Rajin dan tahu tanggungjawab sendiri. Suami balik kerja, anak-anak dah terurus.

4. Tiada campur tangan ibu bapa

Ibu bapa tak perlu campur urusan rumah tangga anak, ini boleh jadi kes penceraian.

5. Keburukan dalam rumah tangga jangan cerita pada orang

Biar kita susah tanggung sendiri, keburukan pasangan jangan diceritakan pada orang. Ini antara perkara penting jika nak jodoh panjang.

6. Sedar diri

Suami adalah ketua rumah tangga, tapi tak boleh guna kuasa veto nak kawal isteri. Bimbang isteri memberontak. Isteri dicipta dari tulang rusuk suami. Marah macam mana pun, tempat isteri tetap di sisi suami.

7. Jangan Lebih 3 Hari

Kalau merajuk sekalipun dan tak bertegur sapa dengan pasangan, paling lama cuma 3 hari. Lebih dari itu, hubungan berada dalam tahap bahaya.

8. Buang Ego

Ego merupakan racun dalam rumahtangga. Setiap konflik rumah tangga adalah untuk menguji kesabaran dan kesetian suami mahupun isteri.

SUMBER

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mC8Pm8

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.