Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aaliyah Raih Gangsa Kejohanan Remaja Moomba - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aaliyah Raih Gangsa Kejohanan Remaja Moomba

AKSI Aliyah pada Kejohanan Remaja Moomba di Sungai Yarra dekat Melbourne, Australia.- Foto ihsan FB Aaliyah

KUALA LUMPUR: Atlet ski air muda negara, Aaliyah Yoong Hanifah meraih pingat gangsa acara tricks pada Kejohanan Remaja Moomba di Sungai Yarra dekat Melbourne, Australia, hari ini.

Menurut Persekutuan Ski Air dan Wakeboard Malaysia (MWWF), Aaliyah, 13, yang juga pemegang rekod Asia acara tricks, mengutip 6,220 mata pada pusingan pertama sebelum maraih 6,570 mata pada pusingan akhir untuk menduduki tempat ketiga.

Ini adalah pingat ketiganya di Kejohanan Remaja Moomba selepas meraih perak dalam acara sama, masing-masing pada 2014 dan 2015.

Juara dunia, Anna Gay dari Amerika Syarikat muncul juara selepas mengutip 10,220 mata manakala peserta Kanada yang juga naib juara dunia, Neilly Ross, kedua dengan 8,450 mata.

“Saya cukup tenang ketika mengharungi kedua-dua pusingan itu. Saya hanya memastikan dapat berdiri dalam setiap pergerakan dan tidak mengambil risiko mengejar mata tambahan di Sungai Yarra…ternyata ia berjaya.

“Jika saya cuba mengejar mata tambahan, masih tiada jaminan untuk menewaskan Anna atau Neilly. Saya gembira dapat menaiki podium buat kali ketiga di kejohanan ini walaupun ia sekadar gangsa,” kata Aaliyah dalam kenyataan dikeluarkan MWWF.

Sementara itu, ketua jurulatih MWWF, Hanifah Yoong berkata Aaliyah menunjukkan keyakinan tinggi sejak awal pertandingan.

“Dia begitu yakin dan ini adalah keyakinan paling tinggi pernah saya saksikan daripadanya dalam sebarang pertandingan selama ini.

“Tahun depan, Anna tidak lagi layak beraksi dan Neilly pula mencecah usia 17 tahun. Pastinya peluang Aaliyah muncul juara di Kejohanan Remaja Moomba dapat diperoleh dalam masa terdekat kerana dia layak beraksi untuk empat tahun lagi,” katanya.

Sebagai rekod, Aaliyah tiba di Melbourne selepas menampilkan aksi cemerlang di Kejohanan Ski Air dan Wakeboard Asia-Ocenia di New Zealand bulan lalu dengan dia meraih dua pingat emas. – BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nwqoSn

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.