Wang Tiket Filem 'The Beauty And The Beast' Akan Dikembalikan
PAWAGAM Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGV Cinemas meminta pelanggannya yang sudah membeli tiket filem ‘Beauty and The Beast ‘ untuk mendapatkan kembali wang mereka susulan pengumuman penangguhan penayangan filem tersebut.
Pelanggan yang membeli tiket filem berkenaan menerusi saluran di atas talian ataupun menerusi aplikasi telefon akan menerima pulangan bayaran penuh secara automatik. Bayaran akan dikembalikan menerusi bank masing-masing.
Manakala, pelanggan ‘walk-in’ pula diminta ke kaunter pawagam tertentu (tempat dibeli) untuk mendapatkan wang tiket mereka dan dinasihatkan untuk membawa bukti pembayaran.
Menerusi satu kenyataan Facebook, GSC berkata operasi pemulangan wang tiket akan bermula jam 11 pagi pada 14 Mac dan berakhir pada 31 Mac.
GSC Mid Valley turut membatalkan majlis ‘Be Our Guest’ yang dilancaran sempena penayangan filem itu.
Sementara itu, TGV Cinemas turut meminta pelanggannya untuk mendapatkan kembali wang tiket mereka menerusi saluran di atas talian ataupun di kaunter-kaunter pawagam.
Terdahulu, tayangan filem Disney yang dinanti-nantikan itu dilapor akan ditangguh sehingga siasatan dalaman oleh The Walt Disney Co (Malaysia) Sdn Bhd selesai.
Filem ini telah mencetuskan kontroversi selepas pengarahnya, Bill Condon berkata kepada majalah Attitude bahawa watak Le Fou, yang dimainkan oleh Josh Gad, diberi “moment gay yang eksklusif” dalam filem itu.
Diadaptasi dari filem animasi tahun 1991, filem terbaharu ini berkisarkan kisah seorang wanita yang cantik dan gemar berdikari, Belle yang ditawan oleh si hodoh, Beast di sebuah istana.
Ia juga menampilkan barisan pelakon seperti Ewan McGregor, Gugu Mbatha-Raw, Ian McKellen dan Stanley Tucci.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nwJ1FA✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment