Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rashford Mungkin Tidak Beraksi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rashford Mungkin Tidak Beraksi

MARCUS Rashford.

LONDON: Manchester United mungkin beraksi tanpa penyerang ternama mereka bagi saingan Piala FA berdepan Chelsea awal pagi nanti.

Marcus Rashford dilaporkan tidak disenaraikan kerana sakit, menyertai pemain yang cedera seperti Wayne Rooney, Anthony Martial dan Zlatan Ibrahimovic yang digantung perlawanan.

Sebelum ini, penggantungan tiga perlawanan domestik terhadap Ibrahimovic kerana kekasaran boleh memberikan laluan buat pemain sensasi remaja, Rashford bagi peranan sebagai penyerang selepas kekecewaan musim ini.

Sebaliknya, pendahulu Liga Perdana, Chelsea – 17 mata di depan United – dilaporkan memiliki skuad yang cergas sepenuhnya, selepas menewaskan Red Devils 4-0 dalam liga di Stamford Bridge pada Oktober.

Namun pengurus United, Jose Mourinho percaya penggantinya di Chelsea, Antonio Conte mendapat kelebihan daripada boleh memilih posisi kerana kelab London itu gagal bermain dalam bola sepak Eropah musim ini.

Mourinho mungkin bergelar pengurus Chelsea paling berjaya sepanjang zaman tetapi itu tidak menghalang bos dari Portugal itu dipecat kelab berat London itu buat kali kedua musim lalu ketika mereka gagal mempertahankan gelaran Liga Perdana.

Guus Hiddink mengambil alih selaku bos sementara sebelum bekas pengurus Itali, Conte menyambung tugas pada permulaan musim.

Chelsea kini 10 mata di persada liga dan mahu memenangi gelaran buat bos dari Itali itu pada kempen pertamanya dalam bola sepak England. – AFP

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mjzi5k

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.