Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penajaan KL 2017 Cecah Lebih RM60 Juta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penajaan KL 2017 Cecah Lebih RM60 Juta

DATUK M Saravanan.- Foto HASRIYASYAH SABUDIN.

PUTRAJAYA: Penajaan bagi Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN kesembilan atau Kuala Lumpur 2017 (KL 2017) sudah mencapai 84 peratus atau RM67 juta daripada jumlah sasaran RM80 juta.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan berkata, jumlah itu berjaya dikumpul Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA (MASOC) dengan tajaan tunai berjumlah kira-kira RM20 juta berbanding sasaran RM30 juta.

“Malah kita juga sudah mengumpul tajaan dalam bentuk produk dan perkhidmatan bernilai RM47 juta dengan sasaran RM50 juta bagi menjayakan KL 2017,” katanya kepada pemberita di Menara KBS, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MASOC dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sebagai Penaja Kategori Emas bagi KL 2017.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Low Beng Choo berkata jumlah penyertaan atlet secara keseluruhan pada kali ini lebih ramai berbanding Sukan SEA Singapura 2015.

Katanya, penyertaan boleh mencecah sehingga 6,000 hingga 7,000 atlet ketika tarikh tutup pendaftaran pada 1 Julai ini.

Pada temasya Singapura dua tahun lalu, 4,370 atlet mengambil bahagian yang menyaksikan Thailand muncul juara manakala Singapura selaku tuan rumah di tempat kedua. Malaysia menduduki tempat keempat di belakang Vietnam.

“Kami menjangkakan Thailand, Singapura dan Indonesia akan menambah bilangan atlet mereka. Indonesia akan menganjurkan Sukan Asia 2018 manakala Singapura pastinya mahu terus konsisten selepas kejayaan pada 2015.

“Thailand pula pasti akan mengambil bahagian dalam lebih banyak acara dalam usaha mereka untuk menambah pingat dan bersaing dengan Malaysia selaku tuan rumah,” katanya.

Katanya, faktor lain lebih ramai penyertaan atlet kali ini kerana acara berpasukan lebih banyak dipertandingkan di Kuala Lumpur berbanding di Singapura.

“Contohnya ketika di Singapura, hanya ada acara bola sepak lelaki tetapi di Kuala Lumpur akan dipertandingkan bola sepak lelaki dan wanita. Begitu juga acara futsal untuk lelaki dan wanita. Jadi di situ saja ada penambahan tiga acara dalam kategori berpasukan,” katanya.

BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mRVLJS

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.