Ada Unsur Gay, Tayangan ‘Beauty And The Beast’ Ditangguhkan
Pasti ramai yang ternanti-nanti filem yang diadaptasi dari cerita fantasi kanak-kanak, Beauty and the Beast ditayangkan di Malaysia.
Namun, hari ini pihak Disney memutuskan untuk menangguhkan tayangan filem tersebut di Malaysia.
Seminggu sebelum tayangan, ‘Beauty and the Beast’ menjadi kontroversi bukan saja di Malaysia malah diluar negara berikutan ada watak berunsur gay dalam filem tersebut.
Menurut laporan media, pelakon utama filem tersebut, Emma Watson, enggan mengulas tentang isu tersebut.
Dalam pada itu, pihak GSC Cinema akan memulangkan semula wang bagi mereka yang sudah membeli tiket.
Minggu lalu, negara Rusia mengharamkan tayangan filem tersebut di sana, namun selepas perbincangan, hanya penonton berusia 16 tahun ke atas saja dibenarkan untuk menonton.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n11i1c✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment