Hi! Welcome Back and Stay Tune! KPKT Cadang Jual Hartanah Dalam Dolar US Kepada Warga Asing – Noh Omar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KPKT Cadang Jual Hartanah Dalam Dolar US Kepada Warga Asing – Noh Omar

JELEBU: Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mencadangkan kepada Kabinet supaya melaksanakan mekanisme penjualan hartanah menggunakan dolar Amerika Syarikat (US) kepada warganegara asing.

Menteri berkenaan Tan Sri Noh Omar berkata menerusi cadangan itu, warganegara asing hanya dibenarkan membeli hartanah bernilai lebih RM1 juta di negara ini.

“Sekarang ini, dasar menjual rumah lebih RM1 juta kepada warganegara asing menggunakan Ringgit. Disebabkan matawang kita sering berubah, kita cadangkan harga jualan dibuat dalam dolar US.

“Kita akan mencadangkan kepada Kabinet untuk melakukan kajian selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Simpang Pertang di sini, hari ini.

Turut hadir Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Simpang Pertang Datuk Jalaluddin Alias.

Mengenai laporan sebuah akhbar bahawa kerajaan Pulau Pinang menurunkan harga jualan rumah bernilai RM1 juta kepada RM800,000, Noh berkata sekiranya perkara itu berlaku, ia bercanggah dengan dasar kerajaan Persekutuan.

“Saya minta kerajaan negeri Pulau Pinang mengkajinya semula kerana ia bertentangan dengan dasar kerajaan pusat yang membenarkan rumah berharga lebih RM1 juta sahaja dijual kepada warga asing.

“Sekiranya harga kurang daripada itu, kerajaan negeri dan pemaju mestilah mendapatkan kebenaran KPKT,” katanya.

Menurutnya walaupun harga hartanah diputuskan oleh kerajaan negeri, pemaju perlu memohon Lesen Pengiklan dan Permit Jualan (APDL) mengikut Akta Pemajuan Perumahan 1966 yang menyatakan pemaju yang hendak menaikkan atau menurunkan harga setelah APDL diluluskan perlul mendapatkan kebenaran KPKT.

Pada sidang berita itu, Noh turut mengumumkan peruntukan RM3 juta bagi pembangunan tujuh projek kecil di Jelebu seperti dewan orang ramai, gerai, stesen bas, dataran dan sistem pencahayaan.

“Saya berharap ia dapat dilaksanakan segera oleh PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) Jelebu,” katanya. — Bernama

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mDYXIN

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.