Hi! Welcome Back and Stay Tune! Global FC Mahu Beri Kejutan Pada JDT - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Global FC Mahu Beri Kejutan Pada JDT

KAPTEN JDT, Safiq Rahim (dua dari kiri) bersalaman dengan kapten Global FC, Misagh Bahadoran sambil diperhatikan ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora (kiri) dan jurulatih Global FC, Toshiaki Imai (kanan) ketika sidang media perlawanan Piala AFC 2017 di Johor Bahru. – Foto Hairul Anuar Rahim

JOHOR BAHRU: Kapten Global FC, Misagh Bahadoran melaungkan amaran betapa pasukan itu mampu meranapkan impian Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mencipta kemenangan apabila kedua-dua pasukan bertembung pada aksi Kumpulan F Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, esok.

Pemain pertahanan kelab dari Filipina itu tidak menafikan JDT adalah pasukan hebat di rantau Asia Tenggara dan seandainya kemenangan mampu diraih, ia bakal melonjakkan lagi moral pemain Global FC untuk memastikan rekod bersih tanpa tewas sepanjang aksi pusingan pertama kekal.

“Kami berada di tangga teratas kumpulan dan semestinya ingin kekal di kedudukan itu walaupun ia tugas berat buat kami, namun tidak mustahil untuk melakar kemenangan selepas berjaya melakukannya ketika menewaskan Boeungket Angkor FC 2-0, baru-baru ini.

“Walaupun JDT beraksi di laman sendiri tetapi saya lihat mereka lebih tertekan tatkala mahu kemenangan di depan penyokong sendiri dan kami akan ambil kesempatan untuk menidakkan usaha pasukan itu.

“Ia bukan perlawanan mudah buat kami namun akan tetap beri saingan walaupun kami berdepan masalah kecederaan pemain tetapi itu bukan alasan, sebaliknya 90 minit perlawanan menjadi penentu pasukan mana yang akan menang pada aksi itu nanti,” katanya.

Bahadoran menyifatkan setiap pemain JDT memiliki keupayaan tersendiri dan harus berwaspada dengan taktikal permainan pasukan itu malah menuntut rakan sepasukan supaya tidak terikut-ikut dengan corak permainan skuad kendalian Benjamin Mora.

Dalam pada itu, ketua jurulatih Global FC, Toshiaki Imai yang berpengalaman selama 24 tahun selaku jurulatih menganggap pemain JDT, Ahmad Hazwan Bakri, Gonzalo Cabrera dan Gabriel Guerra mampu menidakkan peluang mereka meraih kemenangan.

“Kami tiba ke Johor Bahru sejak dua hari lalu dan berkesempatan melihat aksi JDT menentang UiTM FC dan tidak dinafikan pasukan itu dibarisi pemain hebat namun dalam permainan bola sepak macam-macam bola terjadi.

“Berada di tangga teratas sememangnya bernasib baik selepas JDT mencatat keputusan seri 1-1 dengan Magwe FC dan kami ingin kekal selaku pendahulu malah saya tidak mahu pulang dengan tangan kosong,” kata Imai.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n0IJKu

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.