Hi! Welcome Back and Stay Tune! Maya Karin Bukan Pengganti Nabila Huda – Syamsul Yusof - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Maya Karin Bukan Pengganti Nabila Huda – Syamsul Yusof

13 Mac 2017. 12.44 PM

19

Hiburan

Maya Karin Bukan Pengganti Nabila Huda - Syamsul Yusof
Pengarah filem Munafik 2, Syamsul Yusof, menegaskan pemilihan Maya Karin sebagai teraju utama filem tersebut bukan menggantikan watak utama yang pernah didukung Nabila Huda dalam sekuel terdahulu. 

Tegas Syamsul, 32, filem Munafik 2 adalah kesinambungan kepada kisah hidup watak utama Adam yang akan dibantu oleh watak baru lain termasuk watak bernama Sakinah yang akan digalas oleh Maya Karin.

“Sebenarnya tiada isu ganti mengganti pun untuk filem Munafik 2 ini kerana jalan ceritanya cuma kesinambungan kepada filem Munafik. 

“Watak Nabila Huda tiada dalam filem Munafik 2 tapi saya masih memerlukan dia untuk beberapa babak flashback dan saya harap tiada masalah untuk bekerjasama lagi untuk filem ini,” ujarnya yang ditemui pada Majlis Pelancaran Filem Munafik 2 di Perbadanan Filem Nasional (Finas), Hulu Kelang, baru-baru ini.

Filem Munafik 2 mengisahkan Adam yang mula menjadi pendakwah bebas dan meneruskan tanggungjawab merawat orang terkena sihir. Dalam masa sama, Adam bertemu dengan Sakinah, seorang ibu tunggal yang menjaga anaknya yang diserang penyakit misteri gara-gara ketua ajaran sesat bernama Abuja.

Munafik 2 merupakan filem ke-10 arahan Syamsul dan akan memulakan penggambaran pada 20 Mac di sekitar Selangor, Pahang dan Perak.

Antara pelakon lain yang akan membintangi filem itu adalah Mawi, Fizz Fairuz, Fauzi Nawawi, Nasir Bilal Khan dan Datuk Rahim Razali.

Malah, Syamsul kini sedang dalam proses menyunting seorang pelakon dari Indonesia untuk mendukung salah satu watak dalam filem tersebut.

“Saya percaya kisah dalam filem Munafik 2 tidak lari jauh daripada kehidupan masyarakat di Malaysia dan Indonesia maka saya mengambil pendekatan untuk melibatkan pelakon dari negara jiran.

“Sebelum ini saya ada bertanyakan Syahrini dan Dian Sastrowardoyo namun gagal. Mungkin saya akan cuba nasib dengan Luna Maya pula,” katanya.

Filem Munafik yang telah ditayangkan pada Februari tahun lalu memenangi Filem Terbaik Nasional dalam anugerah Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) selain memenangi trofi Pengarah Terbaik, Penyunting Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik. 

Teks oleh: Amri Hassan
Kredit foto: IG @finasmalaysia, @kupu_kupu @syamsulyusoffilm

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mSivcJ

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.