Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peminat Bergaduh Kerana Alvin Chong - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peminat Bergaduh Kerana Alvin Chong

13 Mac 2017. 2.35 PM


10

Hiburan

Peminat Bergaduh Kerana Alvin Chong

Pelakon Alvin Chong mendedahkan peminatnya pernah bergaduh gara-gara dikatakan tidak berlaku adil kepada mereka.

Namun menurut Alvin Chong, 26, perkara tersebut hanya salah faham.

Tambah Alvin, dia tidak pernah melebihkan mana-mana peminat dan cuba melayan mereka sama rata.

“Bila saya bertutur dalam bahasa Melayu dalam Twitter dan Instagram, ada pula peminat yang marah-marah saya dan anggap saya lupa daratan kerana melebihkan peminat Melayu.

“Kemudian apabila saya bertutur dalam bahasa Mandrin ketika melakukan live di Instagram, ada peminat Melayu yang minta saya berbahasa Inggeris kerana tidak faham.

“Akhirnya saya jelaskan kepada mereka yang saya akan menggunakan Bahasa Inggeris supaya semua dapat memahami apa yang saya tuturkan.

“Salah faham mula timbul apabila ada sesetengah yang sengaja mencetus isu dengan meninggalkan komen negatif.

“Saya malas melayan komen negatif kerana kalau mereka benar-benar peminat saya, mereka akan sentiasa menyokong apa yang saya lakukan,” katanya kepada Astro Gempak.

Perkembangan terbaru, Alvin yang dikenali menerusi drama Suri Hati Mr Pilot baru sahaja merakamkan sebuah lagu berbahasa Mandrin.

Sementara itu, Alvin turut memberitahu ada peminat berbangsa Cinanya berkecil hati kerana dia kini banyak membintangi drama-drama Melayu.

“Ada juga peminat yang hantar komen di Instagram dan Twitter dan beritahu mereka kecil hati terhadap saya kerana kurang aktif di drama-drama atau filem Mandarin.

“Mereka kata saya terlalu memberi tumpuan kepada drama-drama Melayu, tapi sebenarnya tidak juga kerana saya masih terima tawaran untuk berlakon drama berbahasa Cina,” katanya lagi.

Terkini Alvin membintangi drama mini 3 Gadis Manis yang ditayangkan di Astro Gempak atau menerusi laman http://ift.tt/2myC8r8

Selain Alvin drama enam episod itu turut dibintangi oleh pelakon utamanya Mira Filzah, Ayda Jebat dan Cristina Suzanne.

Teks oleh: Syafiqah Jalal

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n11eyI

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.