Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tujuh waris remaja maut kemalangan basikal terima manfaat insurans RM5,500 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tujuh waris remaja maut kemalangan basikal terima manfaat insurans RM5,500

JOHOR BARU: Tujuh waris daripada lapan remaja lelaki yang maut dalam kemalangan basikal di Jalan Lingkaran Dalam di sini, Februari lepas, menerima manfaat insurans Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) berjumlah RM38,500.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat berkata ketujuh-tujuh waris itu menerima bagi pihak Fauzan Halmijah, pelajar SMK Desa Cemerlang; Haizad Kasrin dan Mohamad Azhar Amir (SMK Permas Jaya 3) serta Muhammad Syahrul Nizam dan Muhammad Azrie Danish (SMK Tan Sri Mohamad Rahmat).

Ia juga merangkumi waris kepada Muhammad Firdaus Danish (SMK Damai Jaya) dan Muhamad Shahrul Izzwan (SMK Dato Abdul Rahman Yassin).

Seorang lagi waris tidak menerima manfaat berkenaan kerana Muhammad Harith Iskandar Abdullah merupakan pelajar di Sekolah Menengah Agama Swasta Pasir Gudang dan tidak dilindungi insurans tersebut.

“Jabatan Pendidikan Negeri mengadakan majlis penyerahan manfaat takaful itu kepada waris-waris mangsa kemalangan basikal pada 6 Mac lepas.

“Setiap waris menerima manfaat sebanyak RM5,500 dan ia disampaikan Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Yasman Jamsir,” katanya.

Ayub berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Karakter Murid Negeri Johor (KrMJ) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Masai Dua, Pasir Gudang, Isnin.

Beliau berkata insurans itu turut akan memberi manfaat sebanyak RM7,500 kepada waris mangsa yang cacat kekal di sebelah anggota badan serta RM15,000 bagi kedua-dua anggota badan.

Selain itu, khairat kematian sebanyak RM1,000 dan manfaat lain berbentuk alatan bantuan pergerakan seperti kerusi roda, turut diberikan.

Dalam kejadian pada 18 Februari lepas, lapan remaja maut selepas dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah ketika kesemuanya sedang berbasikal.

 

Sumber :
– www.mstar.com.my

The post Tujuh waris remaja maut kemalangan basikal terima manfaat insurans RM5,500 appeared first on MyNewsViral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mj6ycQ

✍ Sumber : ☕ MyNewsViral


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.