Laluan Masih Panjang: Van Huizen
SEPANG: Kejayaan menjuarai Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia (WHL2), semalam, belum membolehkan pengendali skuad negara Stephen Van Huizen menarik nafas lega kerana mengakui perjalanan untuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 masih jauh.
Selaku juara di Dhaka, Bangladesh, Malaysia meraih slot automatik ke saingan Separuh Akhir WHL sama ada di London (Jun) atau Johannesburg (Julai) yang menjadi medan kelayakan terakhir untuk ke Bhubaneswar, India tahun depan.
Pengendali berusia 58 tahun itu berkata, masih banyak perlu diperbaiki anak buahnya khususnya dalam aspek pukulan sudut penalti yang dilihat kurang memberangsangkan sepanjang enam aksi di Dhaka.
“Pada aksi Separuh Akhir Liga Hoki Dunia, lawan semuanya amat hebat dan segala kelemahan harus diperbaiki.
“Tempoh empat bulan menjelang aksi di London atau Afrika Selatan, pasukan perlu berada pada tahap terbaik dan saya juga mengharapkan pakar pukulan sudut penalti kita juga dapat memperoleh rentak semula,” katanya ketika ditemui pemberita sebaik tiba di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebentar tadi.
Kelmarin, maruah Malaysia hampir tercalar sebelum merakam kebangkitan dramatik untuk menewaskan China 5-3 menerusi penentuan penalti pada aksi final WHL2 selepas terikat 2-2 dalam masa sebenar permainan sekali gus mengekalkan status mereka sebagai pasukan pilihan kali ini.
Mengulas berhubung persembahan pasukannya ketika bertemu China, Van Huizen tidak menjangkakan anak-anak buahnya ketinggalan dua gol awal kepada lawan di ranking ke-18 dunia itu pada aksi final.
Skuad diberi gelaran Malaysia Tigers itu terpaksa bekerja keras untuk mengejar semula dan dua gol yang dicari akhirnya diperoleh dalam 15 minit terakhir sebelum berjaya mengheret aksi ke penentuan penalti.
“Kami mendapat pukulan bebas ketika suku masa pertama berbaki 30 saat lagi. Pengadil memberikan pukulan sudut penalti kepada mereka kerana mendakwa kami sengaja melengah-lengahkan masa.
“Mereka ambil kesempatan menjaringkan gol pertama walaupun kami sedang mendominasi permainan ketika itu.
“Saya tidak menjangkakan kami akan ketinggalan dua gol kepada China tetapi inilah lumrah dunia sukan. Pemain bangkit mempamerkan karakter sebenar,” katanya.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n1dm2L✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment