Hi! Welcome Back and Stay Tune! TLHT Bersemangat Raih Gelaran Berganda - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TLHT Bersemangat Raih Gelaran Berganda

PASUKAN Hoki Wanita Terengganu (TLHT) muncul juara Piala Vivian May Soars selepas menewaskan Blue Warriors 3-1 menerusi penentuan penalti di Stadium Tun Razak, semalam.

KUALA LUMPUR: Kejayaan merangkul gelaran berganda musim ini menguatkan semangat Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) untuk memastikan dua gelaran dimenangi musim ini dapat terus dikekalkan di bumi Terengganu.

Sehubungan itu, Penolong Pengurus TLHT, Mohd Yuseri Che Din, berkata pihaknya akan mengadakan persiapan lebih rapi berbanding sebelum ini bagi memastikan pasukan itu terus berada di tahap terbaik.

Semalam THLT berjaya merangkul kejuaraan Piala Vivian May Soars selepas menewaskan Blue Warriors pada aksi final. Sebelum itu, pasukan ini turut meraih gelaran juara Liga Hoki Wanita Malaysia.

“Kami sebenarnya tidak menjangka dapat meraih gelaran berganda dalam penampilan pertama musim ini,” katanya mengulas pencapaian mengejutkan anak buahnya itu selepas perlawanan.

“Justeru, persediaan rapi mesti dilakukan kerana mempertahankan mahkota bukan semudah memiliki kejuaraan. Seperti yang dilakukan oleh Pasukan Hoki Terengganu (THT) membuat persediaan, begitulah harapan kami di TLHT.

“Cuma, saya berharap pihak kerajaan negeri mampu menilai dari sudut positif untuk memberikan bajet yang lebih tinggi sebagai persediaan bagi menghadapi kempen musim depan,”.

Dalam perlawanan akhir semalam, TLHT meraih gelaran berganda hasil kejayaan merangkul Piala Vivian May Soars selepas menjinakkan Blue Warriors, 3-1 menerusi penentuan penalti. Kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam tempoh permainan sebenar.

Kejayaan itu bermakna skuad bimbingan Mohd Asari Abd Aziz itu muncul sebagai pasukan pertama dalam saingan Liga Hoki Wanita Malaysia meraih gelaran berganda dalam tempoh semusim.

Dalam pada itu, Yuseri turut berterima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu terutama kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Presiden Persatuan Hoki Terengganu, Datuk Wan Mohd Nizam Wan Abd Hamid .

“Kejuaraan ini beri impak kepada kecemerlangan sukan Terengganu dan secara tak langsung melonjak imej hoki wanita negeri ini yang sekian lama suram sebelum ini,” katanya.

“Bagaimanapun kami ingin memohon agar kerajaan negeri dapat memberi imbuhan sewajarnya kepada barisan pemain atas usaha mengharumkan nama negeri di peringkat nasional,” katanya.

C; Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) muncul juara Piala Vivian May Soars selepas menewaskan Blue Warriors 3-1 menerusi penentuan penalti di Stadium Tun Razak, semalam.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nlFlY8

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.