Kisah Wanita Baik Hati Beli Tiket Kapal Terbang RM3,330 Untuk Kanak-Kanak Yang Tersangkut Kerana 'Terlebih Umur Untuk Terbang Percuma' Jadi Viral
Seorang bapa menjadi kelu selepas seorang wanita yang tidak dikenali membeli tiket kapal terbang untuk anak perempuannya dalam kejadian pada Rabu.
Menurut satu posting di laman Facebook ‘Love What Matters’, kegembiraan seorang lelaki yang sedang mengembara bersama anak perempuan berusia dua tahun tiba-tiba terbantut apabila anak perempuannya itu tidak dibenarkan menaiki kapal terbang kecuali jika membeli tiket.
Bapa muda itu menyangka anak perempuannya itu tidak perlu membayar untuk tiket kerana masih berada dalam lingkungan tiket percuma.
Menurut apa yang diceritakan, ketika tiket ditempah, anak lelaki itu masih lagi berusia setahun namun dia baru sahaja memasuki usia dua tahun pada Januari lalu.
Ketika diterangkan oleh ejen, bapa itu mula beremosi, sedih dan konfius. Dia kemudian berundur ke belakang dan membuat beberapa panggilan telefon.
Dengan pelakuan memeluk dan menggosok kepala anaknya, bapa itu jelas patah hati.
Bagaimanapun, keadaan berubah apabila seorang wanita berdekatan mendengar segala perbualan itu mula mendekatinya. Wanita yang dikenali sebagai Debbie Bolton itu bertanya tentang masalah yang menimpa mereka. Selepas jelas dengan keadaan, wanita itu bergerak ke kaunter bersama-sama dengan lelaki berkenaan.
Bolton menunjukkan ke arah budak perempuan tersebut dan berkata: ‘Saya mahu membeli tiket untuknya.
Ejen kemudian menjawab: ‘Kamu tahu berapa harga tiket ini kan?
Bolton kemudian berkata: ‘Lebih kurang $700(RM3,000) ?’
Ejen membalas: ‘$749 (RM3,330)’.
Wanita itu seterusnya berkata ‘tiada masalah’ dan mengeluarkan kad kreditnya dan kemudian tiket untuk budak itu dicetak oleh ejen terbabit.
Bapa kepada budak perempuan itu kemudian memeluk wanita tersebut berkata akan membayar balik serta meminta nama sebenarnya.
Bagaimanapun, Bolton cuma berkata: ‘Jangan risau tentangnya’.
Kisah tersebut menjadi viral di media sosial seterusnya menyebabkan orang ramai tercari-cari siapa wanita tersebut.
Hasil bantuan orang ramai, identiti Bolton akhirnya diketahui umum dan dia merupakan pengasas bersama dan Ketua Pemasan Global di sebuah syarikat bernama Norwex. Ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang dari pertemuan bisnes di Omaha, Nebraska.
Kisah itu dikongsi sehingga lebih 40,000 kali di Facebook.
Sumber: Love What Matters
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mj93fy✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment