Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hadiahkan Kemenangan Buat Isteri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hadiahkan Kemenangan Buat Isteri

PRESIDEN Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal (kiri) menyambut ketibaan skuad hoki negara di KLIA selepas muncul juara pusingan kedua Liga Hoki Dunia di Dhaka, Bangladesh. – Foto Luqman Hakim Zubir

SEPANG: Gelaran juara Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia (WHL2) menjadi hadiah perkahwinan paling bermakna buat pemain pertahanan skuad hoki negara, Faiz Helmi Jali.

Faiz muncul wira Malaysia Tigers apabila menyempurnakan penalti kedua pada aksi final WHL2 ketika menewaskan China 5-3 menerusi penentuan penalti di Stadium Hoki Maulana Bhasari, semalam.

Terdahulu, pemain berusia 25 tahun itu yang baharu mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, Nur Amirah Abu Samah, pada 4 Mac lalu terpaksa memendekkan percutian bagi menyertai rakan sepasukannya di Dhaka, Bangladesh sehari kemudian.

“Kejayaan menjuarai WHL2 ini adalah hadiah perkahwinan buat isteri kerana dia memberi pelepasan untuk saya mewakili negara sebaik majlis perkahwinan kami selesai.

“Malah, saya berjanji kepada dia untuk pulang dengan kejuaraan. Jadi, hadiah bermakna ini untuk dia yang sentiasa memberi sokongan.

“Kejayaan ini juga hadiah untuk penyokong hoki negara yang memberikan sokongan padu kepada pasukan sepanjang tahun ini,” katanya ketika ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebentar tadi.

Meskipun hanya menyertai pasukan pada aksi terakhir kumpulan sewaktu membenam Fiji 11-1, Faiz tidak menunjukkan tanda kekok apabila memainkan peranan berkesan di bahagian pertahanan sepanjang di sana.

Malah, dia juga tenang menyempurnakan penalti pada aksi final selepas skuad negara berjaya bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk mengheret China ke penentuan penalti.

Empat lagi penalti disudahkan Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi, Marhan Jalil, Tengku Ahmad Tajuddin Ab Jalil dan Fitri Saari.

Selain pemain pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu, seorang lagi pemain negara, Firhan Ashari turut mendirikan rumah tangga pada Khamis lalu, sekali gus terpaksa melupakan niat ke Dhaka.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mjiI4Z

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.