Ana Raffali seronok jadi cikgu
Bukan mudah untuk bergelar guru, namun penyanyi Ana Raffali mengakui seronok menggalas tugas barunya itu, sejak setahun lalu.
Penyanyi yang popular dengan lagu Tolong Ingatkan Aku ini mengajar Bahasa Inggeris di sebuah sekolah persendirian di Cheras.
“Saya masih lagi mengajar. Saya tak ada masalah malah semua pelajar saya juga sangat supportive.
‘Semua pelajar panggil saya Miss Ana. Ada juga pelajar yang follow saya di IG dan liked status saya. Terima kasih untuk mereka (ketawa).
“Saya bukan saja mengajar tetapi menjadi guru yang berkongsi inspirasi dan pengalaman,” katanya.
Bahkan, Ana juga menyifatkan tugas hakikinya itu sebagai satu kerjaya menarik dan sentiasa memberi pembaharuan.
“Sebenarnya, best jadi cikgu, sebab saya pun jadi ulat buku. Macam-macam buku saya baca hanya kerana nak memberi yang terbaik untuk anak murid saya.
“Lagi seronok, bila saya mengajar, mereka akan berusaha sekali gus menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.
“Alhamdulillah, saya rasa berbunga-bunga saja di hati. Ia adalah pengalaman yang sangat manis dan sebab itu saya sukar tinggalkan kerjaya ini,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Ana bakal membuat kemunculan semula di industri seni menerusi penyertaan dalam program realiti terbaru, Gema Gegar Vaganza yang bakal bersiaran di Astro Oasis pada 8 April depan.
The post Ana Raffali seronok jadi cikgu appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2njLXWD✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment