Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anupham hadiahi ibu rumah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anupham hadiahi ibu rumah

Kasih ibu sampai ke syurga, kasih anak terhadap ibu pula tiada galang gantinya.

Begitulah kasih aktor Anupham Kher terhadap ibunya apabila baru-baru ini membeli rumah di Himachal Pradesh, Shimla dan dihadiahkan kepada insan yang melahir serta membesarkannya itu.

Menurut Anupham, dia sudah lama bercadang membeli rumah di tempat kelahirannya itu tetapi baru kini menjadi kenyataan.

“Saya dilahir dan membesar di Shimla. Pastinya banyak kenangan di sana,” katanya.

Dia berkongsi kegembiraan dengan peminat di Twitter dan memuat naik rakaman video di Shimla yang terkenal dengan pemandangan gunung-ganang indah dan udara yang nyaman. Wilayah

di utara Himalaya itu sangat sesuai untuk aktiviti meredah hutan, mendaki gunung dan meluncur salji.

“Setiap orang mahu memiliki rumah di tempat kelahirannya dan inilah rumah pertama saya di Shimla yang dihadiahkan kepada ibu.

“Mendiang bapa saya dulu bekerja sebagai kerani di Jabatan Perhutanan dan kami sekeluarga tinggal di kuarters kerajaan dan menyewa rumah. Waktu itu atas sebab tertentu saya tidak dapat membeli hartanah di sana.

“Ibu sangat gembira kerana dia sudah ada rumah sendiri di Shimla. Kalau bapa masih ada dia pasti teruja,” katanya.

Perkembangan lain, Anupham yang membintangi 400 filem dan pelbagai pementasan akan menerima Anugerah Kala Ratan yang disampaikan Timbalan Presiden India Mohammad Hamid Ansari, sebagai tanda penghargaan terhadap jasanya dalam industri hiburan India.

The post Anupham hadiahi ibu rumah appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oB0ltE

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.