Hi! Welcome Back and Stay Tune! Badan Pemandu Kontena Terputus 2, Kemalangan Di SKVE - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Badan Pemandu Kontena Terputus 2, Kemalangan Di SKVE

Spread the love

SHAH ALAM – Seorang pemandu kontena maut dengan badannya terputus dua apabila lorinya terbabit dalam kemalangan dengan dua buah lori lagi di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dekat sini pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, separuh badan mangsa ditemukan di tempat duduk pemandu kontena itu manakala separuh lagi ditemukan di sebuah lori lain yang membawa muatan tong gas petroleum cecair (LPG).

Menurutnya lori ketiga pula membawa muatan cecair kimia jenis Toluene (UN1294).

“Pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan mayat mangsa kerana lori mangsa terbakar dan turut berlaku kebocoran pada tangki yang bermuatan cecair kimia.

“Pasukan Hazmat kini menjalankan operasi bagi mengawal tumpahan bahan kimia berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jurucakap itu berkata dua lagi pemandu lori lain yang terlibat dalam kemalangan itu hanya mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk mendapatkan rawatan.

Kesemua lori terbabit sedang menuju ke Pulau Indah di Pelabuhan Klang, katanya. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nkvxOa

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.