Faizal Tahir giat bantu golongan memerlukan
NAMA figura ini di dalam industri seni tidak perlu diperkenalkan lagi.
Mula melonjak naik menerusi lagu Mahakarya Cinta, Faizal Tahir terus mengorak langkah sebagai penyanyi yang berjaya.
Tidak perlu dibuka diari lama mahupun menyelak kisah kontroversi yang pernah melandanya dahulu kerana siapa Faizal Tahir kini lebih penting.
Masakan tidak, bukan hanya berjaya menghasilkan lagu berkualiti, Faizal atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir juga kini aktivis kemanusiaan.
Berkongsi perkembangan terkini kepada Media Hiburan, lelaki berusia 39 tahun ini berkata, permulaan 2017 menyaksikan jadualnya padat.
“Alhamdulillah selepas selesai mengerjakan umrah bersama keluarga, saya kemudian menjalani penggambaran dokumentari Wali Songo untuk sebuah stesen TV di Indonesia.
“Saya juga baru pulang dari Seville, Sepanyol kerana terlibat program pembinaan masjid di sana.
“Selain itu, saya juga turut mencipta lagu untuk artis naungan saya dan salah seorangnya, Harris Baba akan tampil dengan single terbaru berjudul Parah.
“Jadual memang padat, tapi no complaint,” ujarnya ketika ditemui pada Meet & Greet Horlicks di Mydin USJ, Subang Jaya, Sabtu lalu.
Tambah bapa kepada enam cahaya mata ini, dia juga sibuk dengan pertubuhan pergerakan menyemai sikap positif yang dikenali sebagai I Am Faith Men.
Jelas Faizal, I Am Faith Men bukanlah sekadar pertubuhan yang membantu mereka yang memerlukan seperti rakyat Syria, sebaliknya, ia pertubuhan yang menyatukan sebanyak mungkin NGO untuk membantu golongan memerlukan.
“Rancangan menubuhkan I Am Faith Men telah saya fikir sejak mula-mula bergelar penyanyi.
“Namun, saya terpaksa menangguhkan hasrat ini untuk kumpul sebanyak mungkin pasukan sukarelawan untuk mengerakkan iAMFAITHMEN.
“Selain bantu golongan susah, tujuan pertubuhan ini adalah untuk menggalakkan masyarakat untuk sentiasa bersikap positif pada setiap masa.
“Alhamdulillah saya dapat respons positif dari rakyat Malaysia dan saya berharap I Am Faith Men akan berkembang di luar negara pula selepas ini,” katanya.
Tidak hanya sibuk dengan karier seni dan program kemanusiaan, Faizal berkata, bermula bulan depan, dia akan menjelajah ke seluruh negeri bagi memberi motivasi selepas dilantik duta bersama kumpulan Zero bagi program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M).
“Saya bukanlah nak kata saya seorang motivator kerana saya juga masih perlukan motivasi. Tetapi saya akan membantu memberi motivasi kepada graduan yang masih belum mendapat kerja.
“Membantu mereka dengan sharing pengalaman saya sendiri juga dan saya berharap dapat membantu mereka sedikit sebanyak kelak,” jelasnya yang kini bergelar Duta Horlicks selama enam bulan.
Ditanya keputusannya untuk bergelar duta Horlicks, Faizal berkata, sebagai pengguna setia produk berkenaan, menjadi penghargaan buatnya bergelar duta produk yang sudah lama berada di dalam pasaran itu.
“Bila sudah bergelar bapa, sudah tentu kita mahu menjadi contoh buat anak-anak.
“Horlicks membawa satu semangat yang baik dan saya rasa terharu apabila mereka menyunting saya menjadi duta produk mereka,” katanya yang mencipta sendiri lagu tema Horlicks dalam masa dua minggu.
Mydin sedia platform
Sementara itu, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata, Mydin akan terus bantu menyediakan lokasi sesuai bagi mana-mana syarikat atau produk yang mahu mempromosikan produk mereka di pasaraya utama Mydin.
Katanya, kebanyakan Mydin Mall kini memiliki pentas mereka sendiri dan secara tidak langsung memudahkan program seperti sesi bertemu peminat bersama Faizal Tahir yang dianjurkan Horlicks ini diadakan.
“Dalam perniagaan, kita tak boleh ikut cara lama dan kita perlu ada kelainan. Saya melihat program seperti sesi bertemu peminat ini sebagai situasi menang-menang antara Mydin dan syarikat yang menjual produknya di Mydin seperti Horlicks,” katanya.
Tambah Ameer, Mydin juga mengalu-alukan mana-mana syarikat yang berhasrat membuat program seumpama ini bersama Mydin pada masa akan datang.
“Saya puji artis seperti Faizal yang menjadi duta dan dalam masa sama mencipta lagu yang bagus untuk produk berkenaan.
“Kalau boleh kita akan pilih artis yang ada value sistem yang bagus untuk kita bekerjasama dengan mereka,” akhirinya.
The post Faizal Tahir giat bantu golongan memerlukan appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nN0rBd✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment