Gema saingan irama nasyid
Empat kumpulan nasyid popular dan enam penyanyi solo bakal berentap di pentas Gema Gegar Vaganza yang akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras.
Program itu akan bersiaran di saluran Astro Oasis (106) dan Maya HD (134) selama 8 minggu, jam 9 malam mulai 8 April ini.
Empat kumpulan nasyid terpilih adalah Hijjaz, Saujana, Mirwana dan Unic.
Manakala barisan peserta solo pula terdiri daripada Hafiz Hamidun, Ana Raffali, Azmi Caliph Buskers, Izam EYE dan penyanyi muda, Wani.
Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, program pertandingan nyanyian berkonsepkan realiti TV ini bertemakan gema terindah serta berunsur ketuhanan.
“Sesuai dengan saluran yang melahirkan banyak program dakwah, pertandingan ini akan mematuhi syariat Islam.
“Juara Gema Gegar Vaganza bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi,”Katanya
Raqim ditemui pada sidang media Gema Gegar Vaganza yang berlangsung di sebuah hotel di sini, hari ini.
Barisan juri tetap ialah komposer Farihin Abdul Fattah dan pelakon Indonesia, Oki Setiana Dewi serta juri jemputan setiap minggu.
Tidak ketinggalan, penyanyi Siti Nordiana akan bergandingan dengan Achey (kumpulan Bochey) dan Fikri (program Lawak Solo) selaku pengacara.
The post Gema saingan irama nasyid appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ni0scI✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment