Hi! Welcome Back and Stay Tune! JDT Tak Sasar Sebarang Piala Musim Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

JDT Tak Sasar Sebarang Piala Musim Ini

Spread the love

KUALA LUMPUR – Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) hanya menyasarkan untuk berada pada kedudukan empat teratas dalam Liga Super musim ini.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, JDT juga hanya menyasarkan mara ke peringkat suku akhir Piala FA, Piala Malaysia dan Piala AFC 2017.

“Saya seorang yang bersikap realistik dan sentiasa setia kepada polisi kelab dan rancangan jangka masa panjang. Untuk Piala FA, kami telah pun mencapai sasaran kami,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Tunku Ismail bagaimanapun bertitah, JDT perlu memberi saingan yang baik terhadap Pahang yang merupakan pasukan yang lebih kuat berbanding JDT.

Baginda turut menyifatkan JDT bukan pasukan pilihan untuk memenangi sebarang kejuaraan musim, tetapi akan melakukan yang terbaik.

Titah baginda, JDT musim ini bermain dengan menggunakan khidmat penyerang tempatan berbanding pasukan lain bergantung sepenuhnya kepada penyerang import mereka.

“Dengan penyerang tempatan pun berada di kedudukan ketiga dalam liga dan mara ke peringkat suku akhir Piala FA,” titah baginda lagi.

Baginda bertitah sebahagian penyokong JDT berpandangan bekas jurulatih JDT Mario Gomez melakukan kerja yang lebih baik berbading Benjamin Mora.

“Tetapi mereka terlupa bahawa Mario pada waktu itu memiliki Luciano Figueroa, Jorge Pereyra Diaz dan Martin Lucero.

“Malah beliau sendiri mengakui semasa kami bermesyuarat bahawa beliau tidak yakin akan mencapai apa-apa sasaran tanpa Jorge (Diaz) dan Lucero,” titah baginda. – MYNEWSHUB.CC

[embedded content]


Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nyXKQr

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.