Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kira-kira 45 Rumah Setinggan Di Kg Muhibah, Likas, Musnah Dijilat Api - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kira-kira 45 Rumah Setinggan Di Kg Muhibah, Likas, Musnah Dijilat Api

KOTA KINABALU: Kira-kira 45 buah rumah setinggan di Kampung Muhibah, Likas, dekat sini musnah dijilat api dalam satu kebakaran pada Selasa.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 8 pagi dan menggerakkan tiga jentera bomba bersama 44 anggota termasuk 13 anggota bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Lintas ke tempat kejadian.

“Pasukan bomba tiba di tempat kejadian pada pukul 8.10 pagi dan kebakaran itu berjaya dikawal pada pukul 8.51 pagi,” kata kenyataan itu.

Kepantasan anggota bomba juga dapat menyelamatkan 30 buah rumah daripada dijilat api.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat. Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan, namun seorang mangsa melecur telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk mendapatkan rawatan,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nyH1wB

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.