Nora Danish Mahu Majlis Nikah Yang Ringkas
Seperti yang telah dimaklumkan, pelakon Nora Danish bakal bernikah pada 30 Mac ini bersama pilihan hatinya Nedim Nazri.
Menurut Nora, dia hanya mahukan sebuah majlis pernikahan yang cukup ringkas.
“Kalau semuanya dipermudahkan, saya hanya mahu majlis akad nikah yang diadakan di rumah secara kecil-kecilan dan seringkas mungkin. Kalau boleh, kali ini saya tidak mahu bertunang pun, wang hantaran juga takkan ada. Cukup buat yang wajib, iaitu nikah saja,” jelasnya.
Nora juga berkongsi bahawa pernikahannya akan bertemakan tradisional dan akan diadakan secara tertutup.
Semoga majlis pernikahan Nora dan Nedim akan berjalan dengan lancar dan segala urusan mereka dipermudahkan.
The post Nora Danish Mahu Majlis Nikah Yang Ringkas appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mQoG2r✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment